Pada 9 Julai 2013 sepasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Manuskrip Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakukan kajian penyelidikan dan penelitian di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang, Selangor. Lawatan ini bertujuan :
- ATMA bercadang membina pangkalan data khusus di dalam portal malaycivilization.ukm.my mengenai Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti yang lengkap untuk rujukan penyelidik dan masyarakat am.
- Mendapatkan maklumat penyelidikan dan foto berkenaan koleksi serta konsep pameran yang terdapat di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan koleksi yang dimilikinya bagi memperoleh idea dalam kajian penyelidikan dan penelitian Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Klang, Selangor
Galeri Diraja
Sultan Abdul Aziz ialah galeri mengenai koleksi peribadi yang
dikumpulkan oleh Sultan Selangor yang kelapan iaitu Almarhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj. Galeri
ini dibuka hasil dari buah fikiran baginda
sendiri.
Lokasi
asal galeri ini ialah di Jalan Kota Raja, Syahbandaraya (Kampung Jawa) di Klang
yang dahulunya dikenali sebagai 'Muzium Kenangan' dan siap dibina pada tahun
1988. Pembinaan muzium ini, dibiayai sepenuhnya oleh baginda. Pada tahun 1996, baginda
telah menitahkan kerja-kerja pengubahsuaian agar muzium ini dapat dibuka kepada
rakyat jelata.
Seterusnya
pada tahun 1998, baginda telah berkenan menukar nama Muzium Kenangan kepada
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz mengambil sempena nama kelahiran baginda.
Dengan sokongan kerajaan negeri, Galeri Diraja siap diubahsuai dan dibuka
kepada umum pada tahun 2000. Walau bagaimanapun setelah baginda kembali ke rahmatullah pada tahun 2001, Galeri
Diraja telah ditutup buat sementara.
Setelah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris
Shah Alhaj menaiki tahta pada tahun 2001, baginda telah menitahkan agar
inisiatif Almarhum ayahanda beliau diteruskan. Maka baginda telah menitahkan
agar bangunan Sultan Suleiman iaitu bangunan 2 tingkat yang dibina pada tahun
1909 untuk dijadikan lokasi Galeri Diraja yang baru.
Bermula
tahun 2005 kerja-kerja konservasi dimulakan dengan kerjasama dari Jabatan Kerja
Raya Negeri dan pihak perunding. Selepas setahun lima bulan, semua kerja-kerja
pembinaan dan pengubahsuaian selesai dilaksanakan. Konservasi selesai dengan
penambahan ruang bangunan pentadbiran dan stor ke atas bangunan seluas 17,000 kaki persegi dan dua tingkat.
Galeri
Diraja ini telah dirasmikan pada 17 Oktober 2007 dan dibuka kepada umum pada 1
November 2007. Antara kandungan dari pameran Galeri Diraja adalah berkisar
riwayat hidup Almarhum Sultan Abdul Aziz yang telah memerintah Selangor selama
lebih 39 tahun sebagai Sultan Selangor kelapan dan lebih dari 2 tahun sebagai
Yang di-Pertuan Agong ke Sebelas.
Galeri ini menyimpan
lebih 1,500 koleksi peribadi Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, hadiah
rakyat jelata dan sumbangan pemimpin, raja-raja dan ketua-ketua negara dari
seluruh dunia. Selain itu, terdapat juga barangan peninggalan daripada
sultan-sultan dan kerabat diraja Selangor sebelum ini.
Setiap koleksi yang dipamerkan di
galeri ini dikelaskan berdasarkan jenis barangan supaya pengunjung boleh
menghayati keunikannya secara lebih dekat kerana setiap satu bahan pameran itu
ada ceritanya yang tersendiri.
Antara artifak yang
terdapat dalam galeri ini ialah:
Mahkota Leleng
Mahkota Leleng
- Digunakan pada era zaman Sultan Muhamad iaitu Sultan Selangor yang ketiga hingga kini.
- Mahkota itu dipakai pada acara rasmi seperti Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan Sultan
- Mahkota itu dihiasi dengan permata, intan dan berlian dari Pontianak, Indonesia serta delima yang diikat dengan emas 10 iaitu emas asli dari Pahang.
Cop mohor
- Pelbagai jenis cap mohor rasmi yang digunakan oleh Sultan-sultan Selangor yang terdahulu dan juga kerajaan Selangor.- Cop mohor tertua yang masih kekal dan dipamerkan di galeri itu adalah cop mohor yang digunakan oleh Sultan Selangor yang keempat iaitu Sultan Sir Abdul Samad Ibni Raja Abdullah yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1857 hingga 1898.
Koleksi topi besi pahlawan Jepun
- kotak yang dihias cantik dan di negara Jepun- kotak itu digunakan hanya untuk menyimpan abu mayat pahlawan yang gugur di medan perang.
Antara
barang lain yang turut dipamerkan ialah koleksi lukisan, gambar-gambar keluarga
diraja, barangan kaca, kristal, seramik, tembaga, pewter, darjah kebesaran,
model bangunan dan istana, model kereta api, peralatan kapal laut, basikal,
cenderahati, jam, senjata, binatang peliharaan, buku dan pelbagai barangan
peninggalan diraja.
Gambar-gambar semasa lawatan penyelidikan
Galeri Diraja Sultan
Abdul Aziz
Pengawal keselamatan
Almarhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam
Shah Alhaj
Salasilah Kesultanan
Sejarah
awal kehidupan almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj
Tugas-tugas
diraja
Seri
Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Kesebelas
Koleksi
Diraja
Ruang
Pameran Sementara
Perbara Tembaga yang
diwarisi oleh Duli
Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sejak turun temurun yang digunakan oleh istana untuk
upacara keagamaan
Dekorasi pejabat Almarhum
Kapal Bugis
Kaedah gabungan
antara teks bergambar dengan artifak
Ruang untuk koleksi
diraja dengan meletakkan mahkota di tengah-tengah ruang.
Nobat Diraja Selangor
Model istana Alam
Shah
Kaedah perletakan
koleksi sudu-sudu yang diperolehi Almarhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah Alhaj setiap negeri yang dilawatinya
Koleksi topi besi pahlawan
Jepun
Kaedah mempamerkan
koleksi pedang Almarhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
Kumpulan penyelidik bergambar
kenangan di bangunan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz bersama-sama kakitangannya