RISALAH ACARA/ EVENT BROCHURE
Boleh dirujuk dan dilihat menerusi portal
MAJLIS PENYERAHAN DAN PAMERAN KOLEKSI N.A HALIM
Showing posts with label Koleksi Khas N.A Halim. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Khas N.A Halim. Show all posts
Wednesday, 24 July 2013
KOLEKSI KHAS N.A HALIM
GLOSARI
|
Koleksi Khas N. A Halim
PENGENALAN
N. A. Halim dilahirkan pada 17 Mac 1938, di Lenggong , Perak, dan meninggal dunia di Hospital Besar Kajang pada 25 Oktober 1999.Dia meninggalkan kampungnya menuju ke persekitaran yang asing di Kuala Lumpur dengan berbekalkan sekeping sijil Darjah 7 dari sebuah sekolah Melayu. Dia melakukan kerja rencam: bermula sebagai pelukis gambar dan potret di jalanan, kemudian sebagai juruelektrik dan juga seorang tukang masak. Bakat melukisnya dikesan oleh Allahyarham Mubin Sheppard (1905 - 1994), yang mengambilnya bekerja di Muzium Negara sebagai pengumpul dan pekerja lapangan. Begitulah bermulanya kerjayanya yang menguja di muzium sebagai pelukis diorama pada tahun 1963. Dengan galakkan daripada Sheppard dan suasana yang sesuai bagi memupuk bakat serta kemahiran melukis dan mengumpul sampel hidupan liar, dia berasa sungguh bertenaga dan penuh dengan idea. Dia mengumpul sampel batu karang, ikan dan lain-lain organisma hidupan laut bagi membuat Diorama Lautan, dan harimau, harimau bintang, beruang serta lain-lain haiwan bagi menyiapkan Diorama Hutan untuk Muzium Negara. Dia mula menganggap dirinya sebagai penyelidik selepas menghadiri sebuah kursus sejarah lisan pada tahun 1975 di Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, dan beberapa kursus lain dalam arkeologi seni bina, fotografi udara dan lukisan teknikal di pelbagai institut vokasional di Indonesia. Berbekalkan pendidikan dan latihan tersebut serta bakat dan kemahiran yang semula jadi, dia menjalani kehidupan yang berwarna-warni dan menguja dengan mengembara, menulis, mengambil gambar foto, mendraf dan mengumpul artifak Melayu. Dia telahmenulis banyak artikel tentang subjek kegemarannya iaitu seni bina tradisional, sejarah, budaya, dan hidupan liar Melayu. Antara babak yang menarik dalam hidupnya ialah tugasan yang berikut:
- Pada tahun 1968, dia dipinjamkan kepada Zoologi Geneva dan ditugaskan untuk menangkap 2,000 ular yang berbeza dari seluruh Malaysia.
- Pada tahun 1973, dia telah dilantik sebagai perunding seni bina tradisional ASEAN oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia.
- Pada tahun 1979, dia dipinjamkan kepada Muzium Brunei bagi memberikan kursus kepada kakitangan muzium itu.
Wednesday, 17 April 2013
NA. HALIM
Daripada 395 perkataan yang terdapat dalam glosari pangkalan data ini, lebih kurang 100 glosari perkataan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi terutamanya alatan dan seni bina Melayu. Dalam koleksi buku dan gambarnya, terdapat beberapa alatan yang dianggap seni bina dan teknologi Melayu seperti alat dalam upacara perbomohan, alatan rotan, alat-alat tenunan, alat muzik tradisional, anyaman, serta seni bina bangunan dan reka cipta Melayu.
ALATAN UNTUK PERBOMOHAN
ALATAN MENGGUNAKAN ROTAN
Subscribe to:
Posts (Atom)



