Monday, 3 June 2013


LAPORAN
MAJLIS PENYERAHAN PENYELENGGARAAN KOLEKSI PANGKALAN DATA ATMA (PADAT) KEPADA PERPUSTAKAAN ATMA


Penyerahan penyelenggaraan  koleksi bercetak artikel dan bahan  dalam Pangkalan Data ATMA (PADAT) kepada Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan memastikan pengurusan penyelenggaraan dan perkhidmatan yang lebih tersusun dan sistematik.

ISU DAN MASALAH PADAT


  1. Penyelenggaraan dan penyediaan perkhidmatan rujukan dan salinan koleksi PADAT menimbulkan masalah bagi ATMA tanpa kakitangan khusus bagi menjalankan tugas ini
  2.  Memandangkan koleksi PADAT semakin bertambah, isu penyelenggaraan koleksi semakin ketara.
  3. Penggunaan koleksi oleh penyelidik kadang kala tidak dipantau dan kadang kala menyebabkan kehilangan bahan koleksi PADAT.
  4. Pewujudan sistem  penyelenggaraan koleksi, perkhidmatan rujukan dan salinan merupakan tugas-tugas perpustakaan.
  5. Perpustakaan ATMA (PATMA) mempunyai kemahiran dan kepakaran serta lebih sesuai mengambil alih tugas mengendalikan dan memantau penggunaan koleksi PADAT.

Monday, 20 May 2013

LAPORAN KERJA LAPANGAN DI MUZIUM RUMAH KELAHIRAN BUYA HAMKA, MANINJAU,
PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA
12-18 NOVEMBER 2012

1.0  Pengenalan
Pada 12 November 2012 sepasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Manuskrip Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah bertolak ke Muzium Rumah Kelahiran Buya HAMKA di Maninjau, Padang, Sumatera Barat, Indonesia selama tujuh (7) hari iaitu sehingga 18 November 2012. Kami bertolak pada jam 7.50 pagi menaiki kapalterbang Air Asia dan tiba di lapangan terbang Minangkabau pada jam 9.30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh Pak Eno selaku pemandu pelancong dan Pak Muslim selaku pemandu van sepanjang kami disana. Pasukan penyelidik adalah terdiri daripada lima (5) orang iaitu :
                          i.            Dato’ Zawiyah Baba – Ketua Kumpulan/Felo Penyelidik Utama ATMA
                        ii.            Dr. Nazri Muslim – Felo Penyelidik Bersekutu ATMA
                      iii.            Encik Ahmad Bazri Mokhtar- Pegawai Penyelidik Sosial
                      iv.            Cik Zuraidah Hassan – Pembantu Penyelidik Projek
                        v.            Cik Daeng Haliza Daeng Jamal – Pembantu Penyelidik Projek