Unsur sains & teknologi dapat dilihat dalam pangkalan data ADAT PERPATIH dalam bahagian alatan kegunaan harian. Kebanyakan alatan yang digunakan dalam upacara rasmi menampakkan teknologi ukiran dan tempaan logam yang unik. Contohnya, keris yang ditempa dalam alam minang berlainan dengan keris etnik-etnik Melayu yang lain.
Binaan dan reka bentuk istana juga menunjukkan orang Minang memang mempunyai teknologi seni binanya sendiri tanpa ada pengaruh atau peniruan kepada etnik lain.
Ukiran dan corak yang digunakan untuk menghias rumah gadang menunjukkan pandangan pengukir terhadap alam sekitar dan juga geometri.

Penggunaan sanggul yang besar dan ringan menunjukkan orang Minang boleh menggunakan unsur logam dan penguasaan kepada sains bahan. Penguasaan dalam bidang ini membolehkan pengantin memakai sanggul tersebut dengan jangka masa yang lama tanpa merasa berat
.
Dalam bahagian glosari, terdapat pembilangan Minang yang ada digunakan unsur sains dan teknologi. Contohnya adalah penggunaan perkataan apung untuk pembilangan
Ke laut menjadi apung
Ke bukit menjadi tongkat
Maksud 'apung' adalah alat yang menjadi tempat bergantung oleh sesiapa di atas air sama ada di laut atau di sungai atau seberang air dalam.
Jika dilihat penggunaan cop mohor oleh ketua kerajaan sesebuah kawasan dalam Kerajaan Minangkabau, setiap kerajaan atau raja menggunakan bentuk yang tertentu untuk membezakan kerajannnya dengan kerajaan yang lain. Ada cop mohor berbentuk bulat, bujur, segi empat dan sampailah kepada segi lapan. Setiap segi ini menunjukkan kelainan bagi setiap undang luak.
Selain daripada itu, senibina dan barang-barang gunaan harian seperti dulang, senjata dan pelbagai lagi terutamanya barang yang diperbuat daripada logam menunjukkan kehebatan orang Minang dalam penempaan logam.
Sumber artikel daripada
Sumber gambar daripada Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan sumber-sumber lain
No comments:
Post a Comment