Thursday 26 September 2013

KAJIAN PENYELIDIKAN DAN PENELITIAN MUZIUM DIRAJA ISTANA SERI MENANTI, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN

Pada 31 Mei 2013, sepasukan penyelidik daripada Pusat Penyelidikan Manuskrip Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakukan kajian penyelidikan dan penelitian di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Antara tujuan dilakukan penyelidikan ini adalah untuk
  1. Kajian penyelidikan dan penelitian muzium berkenaan
  2. ATMA bercadang untuk mmbina pangkalan data khusus dalam Portal malaycivilization.ukm.my mengenai muzium berkenaan untuk rujukan penyelidik dan masyarakat am.
  3. Lawatan penilaian dan pemerhatian terhadap bangunan muzium dan koleksi di dalamnya
  4. Memberi lebih banyak maklumat mengenai sejarah dan kebudayaan masa lalu yang dapat dilihat daripada segi seni binanya serta kedudukan bangunannya.
  5. Menyimpan rekod senibina Islam Minangkabau
Sejarah dan Latar Belakang Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti

Istana Seri Menanti di Kuala PilahNegeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan atau bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1908 hingga 1931.
Pelan Istana setinggi empat tingkat asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keunikan istana ini ialah tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak.
Atas kesedaran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Muzium ini mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

Kajian Penyelidikan dan Penelitian Di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
  1. Kajian dilakukan dengan lawatan setiap ruang galeri yang tersedia di dalam bangunan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
  2. Telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).
  3.  Ruang pameran yang terdapat dalam muzium ini ialah:
                           Balairong Seri
Ruangan ini merupakan tempat takhta kerajaan. Di ruangan ini terdapat dua batang seludang dari Minangkabau yang dipegang oleh pengawal. Ianya juga terdapat 7 mata tangga. Di mata pertama dari atas adalah tempat duduk bagi Dato' Seri Amar Diraja, dihadapannya pula tempat duduk Dato' Raja DiWangsa. Anak tangga yang kedua pula adalah tempat Dato' Dagang dan dihadapannya Dato' Akhir. Di mata ketiga hingga keenam adalah tempat duduk Pegawai Penghulu Luak.
Balai Raja Muda
Di bahagian ini tempat Raja Muda dan isteri duduk melihat ayahanda dan bonda menjalankan upacara. Mereka diapit oleh dua orang pengawal. Ia juga dihadiri oleh kerabat diraja dan juga para undangan. Di bahagian dinding terdapat gambar-gambar berkaitan.
Bilik Beradu
Bilik ini adalah bilik beradu Tuanku bersama Tuanku Ampuan. Dibilik ini terdapat sebuah katil, almari pakaian, almari perhiasan (solek) juga terdapat sebuah meja kecil dan dua buah kerusi. Kesemua pakaian dan perhiasan diri disimpan di dalam bilik ini. Dibahagian dinding terdapat gambar-gambar berkaitan.
Ruang Santapan
Terdapat 1 unit meja yang mempunyai 20 unit kerusi. Di kiri dan kanan ruangan ini terdapat 2 buah almari yang menyimpan beberapa buku rujukan untuk para tetamu. Ruangan ini merupakan tempat para tetamu berbincang juga tempat mereka bersantapan. Di bahagian belakang ruangan  ini terdapat jalan untuk pergi ke belakang dapur. Di sebelah kanan terdapat rak setinggi 3 tingkat. Di bahagian atas rak yang bertutup tempat untuk meletak gulai atau segala jenis lauk pauk. Ruangan ini juga mempunyai hiasan dinding seperti gambar-gambar dan sebagainya.

 Muzium ini penah dilakukan konservasi secara besar-besaran pada tahun 1997 dan kayu asalnya telah ditukar kepada kayu belian dan kayu penak (yang digunakan untuk membuat 4 tiang seri).

Lawatan ke Teratak Za’ba

     Za'ba atau Zainal Abidin bin Ahmad bin Ibrahim bin Hj Ahmad bin Hj Amil telah dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Di atas ketokohannya dalam bidang bahasa dan pendidikan, kerajaan telah membina teratak khas di depan tapak asal bagi Pendeta Za’ba di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Teratak Za'ba telah berjaya disiapkan dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato' Hj. Abdul Samad pada 5 Februari 2001. Pusat ini telah memberi pelbagai informasi kepada pasukan penyelidik dan dapat mengenali kehidupan pendeta Za’ba dan melihat beberapa karya yang ditulis oleh beliau. Bahan utama bangunan ini diperbuat daripada Kayu Cengkal (penak) dan reka bentuknya masih bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan. Antara ciri-ciri pertukangan Melayu di bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan tanggam dan pasak.

Pameran yang terdapat di Teratak Za'ba ialah:

Bibliografi
    Ruangan ini diceritakan mengenaai perjalanan hidup Za'ba dengan lebih terperinci mengikut susunan   tahun iaitu dari beliau baru dilahirkan, memasuki alam persekolahan, pekerjaan hinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Peribadi
                    Ruang ini memaparkan ruang peribadi dan minat Za'ba dalam bidang penulisan dan seni. Beliau banyak menghasilkan buku-buku bacaan ketika bertugas sebagai penterjemah di pejabat karang-mengarang MPSI, Tanjung Malim. Terdapat contoh mesin taip yang melambangkan kehidupan Za’ba yang selalu menulis dan contoh peti nyanyi yang menunjukkan Za'ba juga meminati seni.
Pakaian
                  Pakaian-pakaian pada zaman Pendeta Za'ba dahulu turut dipamerkan. Dari segi berpakaian, Za'ba merupakan seorang yang ringkas. Beliau lebih memandang kepada keselesaan, tetapi bagi beliau berpakaian mempunyai dua aspek penting. Yang pertama ialah pakaian di kepala dan kedua ialah pakaian di badan. Yang dimaksudkan dengan pakaian di kepala ialah bagi seorang lelaki Melayu ia haruslah memakai songkok apabila memakai baju Melayu, apabila ia hendak sembahyang dan semasa makan. Bagi seorang wanita Islam pula, setiap helai rambut hendaklah ditutup dengan tudung sesuai dengan tuntutan agama. Pakaian pada badan pula ialah pakaian yang dianggap bersopan santun dan melambangkan adat orang timur. Pakaian tersebut pada dasarnya hendaklah menutup aurat sesuai dengan bentuk dan saiz badan. Nyata Za'ba juga gemar mengenakan baju putih ala Inggeris terutamanya pakaian begini memang menjadi pakaian rasmi. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Inggeris merupakan satu faktor utama dalam setiap aspek khasnya pakaian.
Sudut Umum
                       Ruangan ini mempamerkan barangan antik dan dijadikan contoh barangan yang digunakan oleh Pendeta Za'ba di mana barang-barang ini adalah barangan antik yang wujud sezaman dengan Za'ba. Antaranya adalah jam dinding, jam tangan berkunci, mesin taip, almari kayu, cermin mata dan tongkat. Semua barang-barang ini masih boleh digunakan sehingga ke hari ini. Almari kayu yang dipertontonkan adalah almari yang digunakan untuk menyimpan buku-buku oleh Za'ba suatu ketika dahulu. Ruangan ini agak terhad namun rekabentuk dalamannya cukup untuk menggambarkan suasana rumah Za'ba pada zaman dahulu.
Perpustakaan
a)     Turut disediakan di ruangan ini adalah bahan-bahan multimedia seperti risalah dan cakera padat mengenai kehidupan, aktiviti penulisan Za'ba dan juga buku-buku mengenai Za'ba.
b)    Di sudut ini pengunjung boleh menggunakan kiosk untuk melihat maklumat-maklumat mengenai Za'ba dan melalui VCD yang dihasilkan.
c)      Terdapat buku-buku ditulis oleh beliau dan mengenainya dipamerkan.
d)     Antara buku-buku yang boleh diperolehi adalah Gema Serunai Hati 6 dan Pengkisahan Sejarah Za'ba.
e)      Manakala VCD yang dihasilkan adalah Permata Di Bumi Perpatih dan Bahasa dan Sastera.


Gambar-gambar semasa lawatan


MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI

PANDANGAN HADAPAN


LANSKAP HADAPAN ISTANA


GAMBAR LUKISAN TAPAK TANAH


GAMBAR LUKISAN ISTANA DI ATAS TANAH


RUANG SERAMBI TENGAH ISTANA


BALAI RAJA MUDA


RUANG SANTAPAN


MOTIF UKIRAN SEKITAR ISTANA


MOTIF UKIRAN SEKITAR ISTANA


PENYELIDIK MEMERHATIKAN TEKS PAMERAN


DATO ZAWIYAH BABA SEDANG BERTANYA KEPADA PUAN ROSRITA MOHAMAD NORDIN


TERATAK ZA'BA


PANDANGAN HADAPAN TERATAK ZA'BA


SONGKOK DIPEROLEHI KETIKA MENDAPAT ANUGERAH DAN GELARAN PENDETA










4 comments:

  1. ok...bagus kerana membuat yang membuat secara idealistik,tetapi ruang santapan hendaklah dibuat ruang yang besar....

    ReplyDelete
  2. boleh saya tahu saiz keluasan kawasan istana lama seri menanti?

    ReplyDelete
  3. sokong di atas

    ReplyDelete
  4. Boleh saye tahu mengapa Istana Lama Seri Menanti dibina ye

    ReplyDelete