Wednesday 24 July 2013

KOLEKSI KHAS N.A HALIM

GLOSARI



No
Title
Description in Malay
1
Adat
- Nil -
2
Alang
- Nil -
3
Alang Buang
Kayu panjang yang letaknya selari dengan alang pendek, biasanya terdapat pada rumah Melayu tradisi bumbung panjang. Alang buang and alang pendek berfungsi sebagai pengalas lantai ambin atau para alang buang.
4
Alang Muda
- Nil -
5
Alang Panjang
Kayu panjang pemisah perenggan bumbung dengan perenggan dinding. Pada rumah Kutai Perak biasanya pada hujung alang panjang dipasang ragam hias yang dipanggil lebah bergantung.
6
Alang Pendek
Kayu panjang yang letaknya melintang di kaki tebar layar (tubing layar), disebut juga alang lintang.
7
Alang Pintu
Kayu yang berukuran kira-kira 60-90 cm, terletak atas kepala pintu, berfungsi sebagai bingkai pada ukiran jika sekiranya ukiran dipasang di situ.
8
Alang Tingkap
Kayu berukuran kira-kira 50-70 cm, terletak atas kepala tingkap, berfungsi sebagai bingkai dinding.
9
Alas Kaki Tiang
Pengalas atau lapik yang dipasang di kaki tiang, sama ada dibuat daripada kayu, simen, konkrit ataupun batu. Dikenali sebagai asas tiang atau alas tiang.
10
Alim
(berilmu), Pakar di dalam bidang agama dan dihormati.
11
Alu
Kayu penumbuk yang digunakan bersama antan.
12
Amanah
Tugas / tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
13
Amir-uI-Mukminin
Ketua umat Islam.
14
Anak buah
Pengikut.
15
Anjung
Ruang yang terletak di sebelah hadapan rumah, biasanya bersebelah dengan ruang serambi. Ruang ini berfungsi sebagai ruang tamu. Ruang yang terletak di bahagian hadapan rumah, biasanya rumah jenis limas atau rumah yang tidak mempunyai serambi. Jika rumah yang mempunyai serembi pula, ruang anjung terletak di bahagian belakang serambi. Ruang anjung pada kebiasaannya berdinding separuh. Di Terengganu, ruang anjung disebut sorong
16
Antan
Alat untuk menumbuk padi.
17
Atap
Atap yang diperbuat daripada daun pokok cucuh (sejenis pokok palma). Atap ini hanya dipakai pada rumah dangau dan rumah bangsal ternakan.
18
Atap Cucuh
Atap yang dipakai pada rumah Melayu zaman dahulu, diperbuat daripada rerambut yang terdapat pada batang pokok ijuk.
19
Atap Genting
Keping-keping atap yang diperbuat daripada kayu, di Sarawak dikenal sebagai Atap Sirip yang diperbuat daripada Kayu Belian.
20
Atap Ijok
Atap yang diperbuat daripada daun pokok rumbia. Daun rumbia disusun dan dilipat pada bilah buluh atau bilah pinang yang disebut 'pakan', kemudian ditindih dengan bilah bemban yang disebut kawan.
21
Atap Kayu
- Nil -
22
Atap Rumbia
- Nil -
23
Atap Senggora
Atap yang diperbuat daripada tanah melalui proses pembakaran, berasal dari Senggora di Negeri Thai. Atap genting jenis ini kebanyakkannya digunakan untuk mengatap rumah-rumah berusia tua di Kelantan dan Terengganu.
24
Awan Boyan
Ukiran yang berarak, berlinkar-lingkar seperti awan berarak. Satu bentuk ukiran terdapat di Negeri Sembilan.
25
Awan Jawa
Ukiran yang hampir menyerupai awan boyan. Ukiran ini terdapat di sebelah selatan Semenanjung Malaysia.
26
Awan Larat
Satu bentuk ukiran yang berlingkar-lingkar, berpiuh-piuh, meleret-leret seperti awan putih berarak. Biasanya ukiran ini digabungkan dalam pola lengkap.
27
Awan Sa'mayang
Ukiran yang hampir menyerupai awan larat, biasanya dibentuk melengkung, disesuaikan pada alat perhiasan diri.
28
Awan Telipuk
Sejenis ukiran yang bersilat-silat, bergulung-gulung seperti awan, dengan mengambil unsur sejenis bunga teratai kecil. Ukiran ini kebanyakannya terdapat di Negeri Sembilan dan Minangkabau.
29
Ayam Berlaga
Ukiran yang menggambarkan bentuk dua ekor ayam sedang berlaga. Ukiran ini mengandungi falsafah, memberi ingatan bahawa manusia tidak harus bercakaran antara satu sama lain; sesuatu masalah harus diselesaikan dengan rasa sefahaman dan toleransi. Biasanya ukiran ini diletakkan di tangga atau di tempat yang mudah dilihat.
30
Azimat
Tangkal yang dipakai, dipercayai membawa kebaikan kepada pemakai.
31
Babad Jawa
Penulisan Jawa.
32
Badak Mudik
Ukiran yang mengandungi falsafah, berasal dari Minangkabau, juga terdapat di Negeri Sembilan. Ukiran ini memperlihatkan bentuk badak yang diukir berderet dalam bentuk pola bujang. Bentuknya tidak lagi jelas sebagai binatang badak. Ini mungkin pengaruh agama Islam yang datang kemudian. Pengertiannya ialah manusia harus mencari kesenangan hidup mengumpul harta dengan tidak mengabaikan kebajikan masyarakat dan agama.
33
Badan Rumah
Perenggan atau bahagian pada bangunan rumah Malayu tradisi, kiraan badan rumah ialah dari lantai hingga ke pars alang, perenggan ini terdapat di pintu, tingkap serta dinding dalam dan luar. Ukiran-ukirannya biasanya lebih diberi perhatian pada perenggan badan rumah.
34
Bajak
Peralatan untuk membongkar / memecah tanah untuk kegunaan pertanian.
35
Baji
- Nil -
36
Bakau
Sejenis tumbuhan di kawasan paya, di persisiran pantai. Spesis Rhizophora. Tumbuhan ini tahan reput dan banyak digunakan sebagai cerucuk atau tiang di dalam air.
37
Balai
Ruang menghadap bagi istana. Binaan luas untuk kegunaan pelbagai.
38
Balau
Sejenis kayu balak yang baik dan tahan lama. Spesis Shorea.
39
Banir Rabung
Kayu panjang lurus mendatar terletak di puncak pertemuan dua tutup bumbung. Ada rumah-rumah berusia tua di Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor menyelitkan ukiran pada kayu banir tersebut. Banir rabung juga disebut tulang perabung atau tulang rabung.
40
Banyaga Chattel
Hamba.
41
Batik
- Nil -
42
Batu Aceh
Satu bentuk batu nisan yang berukir dan sering tertulis dengan huruf-huruf khat (kaligrafi). Nisan jenis ini biasanya terdapat pada makam-makam Raja Melayu di Semenanjung Malaysia, dan Pulau Sumatera pada kurun ketiga belas hingga kurun kelapan belas.
43
Beliung
Sejenis alat tradisional untuk menebang pokok, matanya daripada besi dan mempunyai tangkai daripada rotan atau kayu.
44
Bendahara
Perdana menteri. Penasihat kepada Sultan.
45
Bendang
Sawah padi.
46
Bendul
Kayu yang dipasang di sekeliling bangunan rumah tradisi, terletak di pembahagian perenggan tiang dengan perenggan badan rumah. Biasanya pada rumah-rumah berusia tua terdapat kayu pengalas bendul yang dipanggil 'tetupai bendul'. Rumah-rumah berusia tua biasanya mempunyai tetupai bendul berukir.
47
Bentara
Penduduk tempatan yang mewakili Temengong Johor.
48
Bertam
- Nil -
49
Beruk Bergayut
Sejenis ukiran yang berasal dari Minangkabau. Ukiran yang mengandungi falsafah ini sukar dilihat di Malaysia.
50
Birai
Kayu melintang yang disambung dengan jenang pintu, terdiri daripada birai atas dan birai bawah. Biasanya terdapat pada rumah tiang dua belas di Kelantan dan Terengganu.
51
Bomoh
- Nil -
52
Bujang Selasar
Satu bentuk rumah bujang yang terdapat di Kelantan dan Terengganu. Bangunan induknya terletak atas enam tiang utama, manakala ruang selasar terletak di hadapan. Ruang ini tidak berdinding; Cuma disekat dengan kisi-kisi berukir yang selalunya mengambil motif pagar tinggalung.
53
Bulu Kumba
Ukiran di anjung bumbung rumah adat Bugis. Bulu kumba bererti bulu di bonggol dahi gajah. Ada juga terdapat rumah-rumah limas Bugis di Johor yang meletakkan ukiran tersebut.
54
Buluh picap
Buluh yang dititik dan dijadikan lantai.
55
Bumbung
- Nil -
56
Bumbung Adik-beradik
Bumbung yang yang terdiri daripada dua atau tiga tingkat. Bumbung jenis ini biasanya digunakan pada masjid masjid Melayu tradisi dan juga istana lama di Kelantan. Dikenali juga sebagai bumbung tumpang, bumbung berlapis atau bumbung limasan.
57
Bumbung Lima
- Nil -
58
Bumbung Limas
- Nil -
59
Bumbung Lipat Kajang
Bumbung yang mempunyai sepasang tutup bumbung yang dilipat berbentuk segitiga atau huruf 'A', di bahagian atasnya terdapat tulang bumbung dan sisisnya pula terbentuk dinding tengah yang dipanggil tebar layar.
60
Bumbung Panjang
- Nil -
61
Bumbung Perak
- Nil -
62
Bunga Cengkih
Ukiran yang mengambil unsur kuntum bungan cengkih, sejenis tumbuhan yang kuntum bunganya dijadikan bahan ramuan atau perasa makanan dan ubat-ubatan. Ukiran bunga cengkih selalunya diukir dalam bentuk pola bujang.
63
Bunga Halang
- Nil -
64
Bunga Lawang
Bunga dari sejenis tumbuhan dijadikan ramuan masakan dan ubatan. Unsur bunga ini sering terdapat pada ukiran pola bujang.
65
Bunga Matahari
Ukiran dari unsur bunga matahari, biasanya dipakai pada pola bujang, melambangkan alam yang penuh keindahan.
66
Bunga Mawar
Ukiran yang mengambil unsur bunga mawar, sejenis tumbuhan yang sering terhias di pekarangan dan taman. Bunga yang berkelopak tujuh ini melambangkan penawar menolak segala mantera jahat dan guna-guna.
67
Bunga Melati
Ukiran yang mengambil unsur bunga melati melambangkan adat sopan santun.
68
Bunga Tanjung
Ukiran yang mengambil unsur bunga tanjung, melambangkan selamat datang.
69
Bunga Teratai
Sejenis tumbuhan di air. Ukiran ini melambangkan keteguhan iman, kesucian, ketabahan, dan kerukunan.
70
Bunga Tiang
Tebukan pada kepala tiang tongkat untuk laluan kayu rasuk.
71
Buton
Kayu berukuran kira-kira 60 cm hingga 100 cm dipasang pada puncak bumbung, terutama sekali pada rumah bentuk limas di negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor. Buton ialah lambang sebuah bentuk binaan yang berfungsi, sama juga seperti nisan pada makam. Kayu buton memberi erti bahawa satu tanda dari satu bentuk bangunan bahawa manusia sentiasa bergerak dan hidup. Bagi setengah-setengah kepercayaan bahawa jika sekiranya kayu buton terjatuh atau dipanah petir, ini menandakan satu malapetaka akan menimpa seisi rumah.
72
Cap kurnia
Cop anugerah Sultan.
73
Cap zuriat
Kebenaran / kelebihan yang diberikan kepada kerabat diraja dan keturunannya.
74
Cengal
- Nil -
75
Chik
Bidai buluh yang diikat /disulam dengan benang.
76
Cucuran Atap
Bahagian kaki tutup bumbung, disebut pekakian atap. Biasanya di bawah cucuran atap dipasang papan berukiran yang disebut papan cantik, cepu kasau, tumpu kasau atau papan fascia.
77
Damar Laut
- Nil -
78
Damar Minyak
- Nil -
79
Dapur
- Nil -
80
Datu
Pangkat atau gelaran untuk lelaki atau wanita yang menguasai dan mentadbir sesuatu wilayah. Sering digunakan di kawasan masyarakat Muslim di Filipina.
81
Daun Pintu
Ruang dinding yang boleh dibuka dan ditutup. Ada pintu yang mempunyai dua daun pintu dan ada yang satu daun pintu.
82
Depa
- Nil -
83
Dinding Janda Berhias
Dinding berukir lebih kurang sama dengan dinding papan kembung. Kebanyakan ukiran ini terdapat pada istana kayu di Kelantan dan Terengganu.
84
Dinding Papan Kembung
Dinding berukir yang selalunya terdapat pada rumah berusia tua di Kelantan dan Terengganu.
85
Dolmen
Satu wawasan artifak zaman prasejarah yang tidak diketahui fungsinya. Disebut juga sebagai Batu Meja.
86
Dusun
Kawasan tanaman pokok buah-buahan.
87
Gajah Menyusu
- Nil -
88
Gambir
- Nil -
89
Gelang Tiang
Ukiran dengan cara lorekan untuk membataskan tiang dengan kaki tiang atau kaki cermin. Ukiran gelang tiang terdapat juga pada bahagian kepala tiang.
90
Gelegar
- Nil -
91
Gelung Kembar
Kayu panjang yang terletak di bawah lantai, yang berfungsi menahan lantai supaya tidak melentur.
92
Geruk
Sejenis alat pertukangan untuk menanda pada kayu.
93
Getah
Sejenis pokok yang mengeluarkan getah.
94
Gotong-royong
Ukiran yang berlingkar lengkung, bergulung, dibatas oleh bingkai bersegi bujur sangkar; manakala di sebelah dalam bingkai itu pula terdapat sebuah lagi bingkai berbentuk wajik, yang mengandungi dua bingkai berkembar, disebut ukiran gelung kembar. Ukiran daripada pengaruh seni ukir Jawa ini sering terhias pada daun pintu atau tingkap masjid dan surau berusia tua di sebelah selatan Semenanjung Malaysia.
95
Gulung-gulung
- Nil -
96
Gunungan
Ukiran yang mengambil unsur bentuk meru atau banjaran gunung, kadangkala disebut juga 'gunung bertuah'. Ada juga gunungan mengambil unsur 'tumpal'. Biasanya ukiran gunungan dipakai pada rabung rumah, ukiran-ukiran pada alat perhiasan diri, pelamin, senjata-senjata pendek Melayu, dan sebagainya.
97
Gutta perca
Cecair seakan getah daripada beberapa spesis Blanco Palaquim.
98
Hakim
Orang yang mengadili dan menjatuhkan hukuman.
99
Hantu
- Nil -
100
Hasta
Jarak antara hujung jari hantu ke siku. Anggaran 18 ke 20 inci.
101
Hikayat
Penulisan sejarah dan kesusasteraan.
102
Hilir
Bahagian yang lebih rendah, kuala.
103
Hujung Serambi
- Nil -
104
Hulubalang
Pemimpin pasukan askar / ketua pengawal tradisi.
105
Ibu Rumah
- Nil -
106
Ikat
- Nil -
107
Imam
Ketua, pemimpin sembahyang.
108
Istana
Kediaman Raja.
109
Istana Ampang Tinggi
Bekas istana lama yang dibina pada zaman pemerintahan Yamtuan Ulin (1861-1886), terletak di Pusat Karyaneka Seremban, Negeri Sembilan.
110
Istana Jahar
Sebuah bekas istana dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II, Kelantan (1837-1886). Sekarang dijadikan muzium sementara negeri Kelantan, terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan.
111
Istana Johor
- Nil -
112
Istana Kenangan
Sebuah istana berusia tua dikenal juga sebagai Istana Tepas, terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Sekarang dijadikan Muzium Diraja Perak.
113
Istana Kolam
Sebuah istana lama yang diperbuat daripada kayu terletak di Kampung Kolam, Kuala Terengganu. Istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1919). Istana ini telah musnah pada tahuan 1985.
114
Istana Lama Seri Menanti
Istana kayu yang dibina pada tahun 1902, terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Bekas istana yang digunakan sebagai tempat bersemayam Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
115
Istana Satu
Bekas Istana Kesultanan Terengganu, dibina pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III; dipindahkan ke kawasan Muzium negara dari tapak asalnya di belakang Istana Maziah, Kuala Terengganu.
116
Istana Seri Akar
Bekas istana kayu yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (Sultan Kelantan 1837-86). Istana ini didiami oleh Tengku Zainal Abidin yang bergelar Tengku Seri Akar Diraja, iaitu Putera Tengku Abdul Kadir, Raja Patani yang akhir. Bekas istana kayu yang indah dan berukir ini telah musnah pada tahun 1980.
117
Istana Tele
Dikenal juga dengan nama Istana Tengku Nik, dibina pada tahun 1888 semasa zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu I 1881-1919); dipindahkan dari tapak asalnya di belakang Istana Maziah ke Padang Merdeka, Kuala Terengganu dan kemudian dipindah ke kompleks Muzium Terengganu di Losong.
118
Itik Pulang Petang
Satu bentuk ukiran bermotif itik, mengandungi falsafah berbentuk nasihat. Itik yang pulang ke reban pada waktu petang biasanya berderet, yang kemudian tidak pernah mendahului yang di hadapan. Manusia harus mengambil teladan cara itik pulang pada waktu petang; patuh kepada pemimpin yang baik dan bijak. Ukiran ini berasal dari Minangkabau dan dianggap terpengaruh dengan aturan adat Minangkabau. Di Negeri Sembilan juga masih terdapat ukiran sedemikian.
119
Jamban Curah
- Nil -
120
Jamban Jitra
- Nil -
121
Jamban Korek
- Nil -
122
Jawi
- Nil -
123
Jebak Puyuh
A specially made cage to trap barred bustard quail. The door is normally carved with ketumbit jantan and aju-aju leaves motifs. It is believed that these carvings can attract birds to enter the cage.
124
Jejala
Panel berukir di bahagian atas pintu yang membenarkan pengudaraan berlaku.
125
Jelapang
- Nil -
126
Jenang
Bilah-bilah sama ada daripada belahan kayu, batang pinang atau buluh yang digunakan untuk menyangkut atap genting.
127
Jengkal
Jarak maksima antara hujung jari ibu dengan jari hantu. Anggaran 8 ke 9 inci.
128
Jeria
Kayu bingkai dinding, tingkap dan pintu; dikenal dengan beberapa nama seperti jenang tingkap, jenang pintu, dan lain-lain lagi.
129
Jihad
- Nil -
130
Jisim
- Nil -
131
Kaabah
- Nil -
132
Kabong
- Nil -
133
Kacing Tunjuk Langit
- Nil -
134
Kadi
Hakim dalam perkara berkaitan agama. Menguruskan soal perkahwinan dan perceraian.
135
Kafan
- Nil -
136
Kain Basahan
- Nil -
137
Kain Kafan
- Nil -
138
Kain Kembangan
Papan bawah bendul untuk menutup papan lantai supaya tidak kelihatan dari arah luar rumah. Biasanya ia diukir.
139
Kaki Bendul
- Nil -
140
Kaki Cermin
Kaki tiang yang terdapat pada tiang-tiang rumah berusia tua di negeri Kelantan dan Terengganu. Pada penjuru dan pergelangannya sering terhias dengan lorekan kumai dan juga gelang tiang.
141
Kaki Lesong
Kayu beluti pengalas papan dinding.
142
Kambi
- Nil -
143
Kampong (Kampung)
Kayu pengudi untuk mengunci pasak atau baji, sendi di kaki tunjuk langit.
144
Kanchu
Ketua sungai dalam masyarakat Cina, khas kepada pembukaan ladang gambir dan lada hitam di Johor.
145
Kancing
Kancing yang dipasang pada baji di kaki tunjuk langit.
146
Kangkar
Pertempatan Kanchu yang kebiasaannya berhampiran sungai.
147
Kapitan China
Ketua masyarakat Cina.
148
Kapur
- Nil -
149
Kasau Atap
- Nil -
150
Kasau Betina
Kayu panjang terletak atas kayu gulung-gulung. Kedudukannya selari dengan kasau jantan dan berfungsi sebagai tempat menyangkut atap.
151
Kasau Jantan
Kayu yang membentuk kekuda, pada rumah Melayu bumbung panjang. Kayu kasau sebagai pengalas kayu panjang atau kayu gulung-gulung.
152
Kasau Lentik
Hujung kasau pada rumah bumbung panjang di Negeri Sembilan, biasanya berukir.
153
Kati
Timbangan berat kira-kira 1 1/3 paun.
154
Kawasan penghulu
Wilayah pemerintahan ketua masyarakat.
155
Kayu Melintang
Kayu frem dinding yang dipasang melintang pada rumah tiang dua belah dan rumah bujang di Terengganu dan Kelantan.
156
Kayu Penutup
Bingkai papan dinding kembung.
157
Kayu Tekar
Kayu yang dipasang pada kekuda untuk menguatkan rangka bumbung.
158
Kebun
Tapak tanaman / taman.
159
Kedai Kopi
- Nil -
160
Kedai Runcit
- Nil -
161
Kekaras
Kayu pengalas bendul dan lantai. Berfungsi menahan lantai supaya tidak melenduk atau menganjal.
162
Kekisi
Bilah-bilah kayu atau logam yang dipasang pada tingkap atau dinding bahagian serambi.
163
Kekuda
Kasau jantan yang membentuk rangka bumbung.
164
Kelarai
Anyaman daripada bahan buluh, bemban, atau bertam sehingga terbentuk sebuah kajang, yang dapat digunakan sebagai dinding iaitu disebut dinding pelupuh, manakala pelupuh yang bercorak dan berwarna disebut pula kelarai. Ada bermacam-macam corak kelarai yang terkenal seperti kelarai tampuk manggis, kelarasi siku keluang, kelarasi sebilik, kelarai bentuk wajik dan sebagainya.
165
Kelek Anak
Ruang serambi di sebelah belakang rumah ibu atau sebalah belakang rumah tengah.
166
Kemenyan
- Nil -
167
Kenduri
- Nil -
168
Kepala Cicak
Ukiran yang mengambil unsur kepala cicak. Ukiran ini selalunya dipasang pada penjuru bendul, kaki tebar layar, kaki para buang, dan juga di bawah pertemuan tutup atap. Ukiran yang terpengaruh dengan seni ukiran dari Pulau Sumatera ini banyak terdapat pada rumah-rumah orang Melayu berketurunan dari Sumatera dan Patani. Menurut kepercayaan lama, ukiran yang bermotif kepala cicak ini memberi semangat dan juga sebagai pengawal daripada angkara jahat.
169
Kepala Pintu
Dinding di sebelah atas pintu. Dinding ini biasanya dipasang lebuk jejala atau ukiran tebuk terus.
170
Kepala Tiang
Hujung tiang di sebelah atas, mempunyai kuku tiang untuk menguat dan mengejapkan letak kayu alang. Biasanya kepala tiang diberi berukir.
171
Kepala Tingkap
Dinding dibahagian sebelah atas tingkap biasanya diberi lebuk jejala atau ukiran tebuk terus.
172
Kepuk
Tempat penyimpanan padi.
173
Keramat
- Nil -
174
Keranda
- Nil -
175
Kerantong
- Nil -
176
Keris
- Nil -
177
Kerjasama
- Nil -
178
Kesunyian
- Nil -
179
Ketua anak negeri
Ketua kepada penduduk asal.
180
Ketuk
Jarak antara dua jari telunjuk apabila dua jari ibu ditemukan hujungnya. Anggaran 5 ke 6 inci.
181
Khutbah
- Nil -
182
Kiapangdilihan
Hamba masyarakat Islam yang telah melakukan kesalahan, berzina atau tidak membayar hutang.
183
Kiblat
- Nil -
184
Kkasau Lintang
Purlin.
185
Kolong
Ruang di bahagian bawah rumah bertiang.
186
Kongsi
Rumah pekerja atau rumah ketua masyarakat Cina.
187
Krembat
- Nil -
188
Kuala
- Nil -
189
Kuala
Hilir / muara sungai.
190
Kubor
- Nil -
191
Kubur Liang Batu
Satu binaan yang diperbuat daripada ketul-ketul batu pejal, satu daripada artifak prasejarah. Salah satu kubur liang batu yang telah ditemui di Changkat Menteri, Tanjung Malim telah dipindahkan ke pekarangan Muzium Perak di Taiping.
192
Kucing Lalok
Lalok ialah dialek Melayu Minangkabau yang bererti tidur. Kucing lalok bermakna kucing tidur, satu bentuk ukiran yang berasal dari Minangkabau, juga terdapat di Negeri Sembilan. Ukiran ini mengambil unsur motif kucing sedang tidur, mengandungi falsafah yang mengaitkan orang malas bekerja, dengan mengharapkan rezeki datang bergolek.
193
Kufur
- Nil -
194
Kuku Tiang
Putting pada kaki tiang berbentuk empat persegi. Berfungsi menahan kedudukan tiang supaya tidak berganjak kedudukannya di atas lapik tiang.
195
Kukut tupai
Kayu penyokong, tupang yang seakan berbentuk tupai digunakan untuk menguatkan struktur utama rumah orang asli.
196
Kurung
Ruang bawah rumah yang ditutup. Tipologi rumah yang mempunyai ruang bawah rumah bertutup kebiasaannya di wilayah Johor.
197
Laksamana
Ketua angkatan di laut.
198
Laksamana
- Nil -
199
Lansaran
Pentas tarian bagi rumah panjang masyarakat Murut.
200
Lantai
- Nil -
201
Lantai Jeria
Lantai yang diperbuat daripada bilah-bilah buluh, batang pinang ataupun kayu.
202
Larian Tikus
Kayu panjang semacam alang panjang, biasanya terdapat pada rumah dangau dan rumah panjang Kedah dan Perlis. Hanya rumah bumbung panjang yang berusia tua sahaja masih mengekalkan kayu larian tikus.
203
Lebuk Jejala
Dinding rumah yang diberi berlubang seperti bentuk mata jala, biasanya terdapat di sebelah atas dinding ataupun di sebelah atas kepala tingkap dan pintu. Dinding lebuk jejala sangat berguna untuk pengedaran udara. Konsep dinding lebuk jejala memberi rasa aman dan tenteram kepada penghuni, serta menghindar bau pengap dalam rumah.
204
Lembing
Sejenis senjata yang panjang dan tajam dihujungnya. Tombak.
205
Lepar
Lepar, atau disebut juga lepau ialah ruang di sebelah hadapan bangunan rumah Melayu tradisi. Ruang ini digunakan untuk para tetamu yang berkunjung ke rumah. Biasanya rumuh-rumah tradisional di Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu ada mempunyai ruang lepar.
206
Lepau
- Nil -
207
Lipa
Lubang yang dikorek.
208
Loteng
- Nil -
209
Luwaran
Undang-undang Islam.
210
Madrasah
- Nil -
211
Mahkota Atap
Ragam hias yang terletak di puncak bumbung masjid atau surau tradisi diperbuat daripada kayu, simen, atau tembaga. Ragam hias seperti ini kebanyakannya terdapat di bumbung masjid tradisi Melaka. Mahkota atap merupakan simbol keagungan dan ketenangan jiwa daripada sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat beribadat kepada Allah s.w.t.
212
Makam
- Nil -
213
Marhum
- Nil -
214
Mayat
- Nil -
215
Mengkuang
- Nil -
216
Menhir
Disebut juga Nisan Tinggi dan Batu Hidup. Salah satu artifak warisan zaman kebudayaan megalitik, antara menhir yang terkenal dalam sejarah Malaysia, ialah menhir yang terdapat di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, dikenal sebagai Batu Pedang, Batu Sudu dan Batu Kemudi.
217
Menurun Batu
- Nil -
218
Meranti
- Nil -
219
Merbau
- Nil -
220
Mihrab
- Nil -
221
Mimbar
- Nil -
222
Minangkabau
- Nil -
223
Mufti
Ketua tertinggi majlis agama Islam yang menentukan fatwa.
224
Mukim
Kawasan yang melingkungi beberapa kampung.
225
Mukmin
- Nil -
226
Muqarna
Dekorasi di bahagian gerbang antau bumbung di dalam senibina timur tengah terutama Iran.
227
Nafas
- Nil -
228
Naga Cloth
- Nil -
229
Naga-naga
Semacam alang panjang yang terletak di bawah kaki tunjuk langit, selari dengan tulang bumbung. Terdapat pada rumah kutai di Perak. Dikenali juga sebagai nenaga.
230
Nesan
- Nil -
231
Niat
- Nil -
232
Nibong
- Nil -
233
Nipah
- Nil -
234
Ombak-ombak
Ukiran separuh bulat ini selalunya dipakai pada papan penutup rasuk dan gelegar. Ukiran ombak-ombak juga terdapat pada langit-langit dan perabung.
235
Orang Asli
- Nil -
236
Orang Kaya
Individu berharta dan berpengaruh.
237
Orang Laut
- Nil -
238
Padi
- Nil -
239
Paduakan
Kapal layar orang-orang Bugis.
240
Pagar Tinggalung
Dinding serambi yang dipagari bilah kisi-kisi atau ukiran yang bertebuk terus, kira-kira setinggi paras mata waktu duduk bersila di ruang serambi. Pagar bererti batas, dan tinggalung pula daripada perkataan tinggali iaitu bahasa Melayu Palembang yang bermakna lihat. Pagar tinggalung bererti tanda batas melihat. Di ruang serambi memang ada pagar di sekeliling yang membataskan pandangan. Pagar tinggalung juga sering dipasang pada paha tangga, iaitu sebagai adang-adang atau penyekat supaya orang yang turun naik tangga tidak terjatuh.
241
Paha Tangga
Sepasang kayu tempat meletak anak tangga.
242
Pahar Pintu
Kayu jenang yang dipasang tegak pada sisi pintu. Pada pahar pintu dipasang daun pintu.
243
Pajak
Sewaan tanah / barang.
244
Pandangan Hadapan
Pemandangan rumah dari arah hadapan, iaitu dari arah terletaknya tangga dan pintu hadapan rumah.
245
Pandangan Tepi
Pemandangan rumah dari arah tepi rumah, jika rumah jenis bumbung panjang, dikira sisi dinding yang menepatkan dinding lebar layar.
246
Pangkal Serambi
- Nil -
247
Panglima
Ketua masyarakat yang mahir di dalam peperangan / seni memepertahankan diri.
248
Pangsi
Semacam putting dan berbentuk bulat. Berfungsi menyangkut daun pintu pada tapak pangsi supaya daun pintu rumah digerak, sama ada untuk ditutp atau dibuka.
249
Papan Cantik
Ukiran memanjang pada papan fascia atau papan tumpu kasau pada rumah bumbung panjang dan juga rumah bumbung bertenggek di Kelantan dan Terengganu. Ukiran ini terdapat juga pada papan fascia di bumbung masjid tradisional (masjid yang mengandungi dua atau tiga tingkat bumbung).
250
Papan Gendeng
Papan untuk menutup ruang terbuka di bawah tutup bumbung pada rumah bumbung panjang. Biasanya terdapat pada rumah bumbung panjang Negeri Sembilan.
251
Papan Kembung
Dinding daripada papan berukir bentuk bergerigi, dan permukaannya timbul sedikit.
252
Para
- Nil -
253
Para Buang
Ruang kecil beratap, terletak di sebelah luar tebar layar atau di sudut ruang dapur, berfungsi sebagai tempat menyimpan barang-barang yang jarang digunakan, ataupun untuk menyimpan pinggan mengkuk. Dikenali juga sebagai peran ataupun pagu.
254
Parang
Sejenis senjata / peralatan memotong.
255
Parang Rosak
Corak hias yang terdapat pada kain batik.
256
Parit
Laluan air.
257
Patah Joint
- Nil -
258
Patinggi
Ketua negeri di Sarawak.
259
Pelancar
Kayu panjang yang dipasang menghubungkan tiang ke tiang, terletak di bahagian kaki tiang (kaki cermin). Di Kelantan dan Terengganu, ia di sebut kayu belira.
260
Pelantar
- Nil -
261
Pelapik Tiang
- Nil -
262
Pembesar
Penasihat / ahli menteri kepada Sultan.
263
Pemeleh
Kayu penutup hujung bumbung pada rumah bumbung panjang di Kelantan dan Terengganu. Pemeleh pada rumah itu berbentuk seperti huruf V terbalik dikenali sebagai pemeleh ibu dan pemeleh serambi.
264
Pemeting
Alat semacam paku yang digunakan untuk mengejapkan persediaan rangka rumah, diperbuat daripada kayu atau batang pinang. Berukuran antara 15 hingga 25 cm. Sebesar ibu jari dan mengecil di bahagian hujung.
265
Pengiran
Golongan bangsawan di Brunei.
266
Penyelak Pintu
Penguci daun pintu yang terletak di sebelah dalam rumah.
267
Perabung
Puncak dua tutup bumbung yang menutup tulang bumbung.
268
Perahu
- Nil -
269
Peran
Ambin atau lantai alang buang di bawah kaki tebar layar ditutup dengan atap dan digunakan sebagai tempat menyimpan alat-alat kegunaan dalam rumah yang jarang digunakan. Peran biasanya terdapat pada rumah-rumah Melayu tradisi di Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Selangor dan Pahang. Di Melaka dan Negeri Sembilan terdapat juga lantai peran yang besar merangkumi seluruh tutup bumbung, biasanya disebut loteng atau lantai gunjung.
270
Perenggan Bumbung
Perenggan bumbung merangkumi berbagai-bagai bahan binaan rumah, dikira dari letak kayu alang panjang hingga ke tulang perabungnya. Rumah-rumah berusia tua terdapat pula ambin alang buang atau peran dan loteng di perenggan ini. Lain-lain alat rangkat rumah perenggan ini ialah seperti kasau jantan, kasau betina, gulung-gulung, larian tikus, tulang perabung, jeria, tunjuk langit, naga-naga, atap bumbung, dan lain-lain lagi.
271
Perenggan Dinding
Perenggan bangunan rumah Melayu tradisi bermula dari lantai hingga ke paras kepala tiang. Perenggan ini berfungsi ganda. Di samping berfungsi konstruksi maka dinding juga berfungsi sebagai hiasan, yakni dindingnya sering memperlihatkan ciri-ciri ukiran yang menarik sebagai lambang status penghuni rumah. Perenggan dinding terdiri dari kayu jenang, dinding, tingkap, pintu, dan lain-lain lagi.
272
Perenggan Tiang
Pembahagian bangunan rumah Melayu tradisi yang dikira dari paras tanah hingga ke lantai, merangkumi seperti alas tiang, tangga, gelegar, belira, rasuk, lantai, tetupai, tiang, bendul, tiang-tiang; juga meliputi ruang kolong.
273
Peribumi
- Nil -
274
Pesantren
Institusi pengajian agama.
275
Pesisir
- Nil -
276
Petaling
- Nil -
277
Pikul
Ukuran berat 133 ¼ paun atau 100 kati.
278
Pilin Berganda
Ukiran yang disusun dari huruf S, bersambung-sambung, berderet-deret, biasanya terdapat pada sarung keris, badek, barang-barang tembaga, alat-alat perhiasan dan lain-lain lagi.
279
Pintu Gelangsar
daun pintu yang ditarik dan disongsangkan ke tepi dingding. Rumah kutai Perak yang berusia tua masih menggunakan pintu gelangsar.
280
Pintu Gerbang
Satu bentuk bangunan yang didirikan di hadapan rumah. Biasanya pintu gerbang bersambung dengan pagar, mengandungi daun pintu yang dibuka arah ke dalam; mengandungi tutup bumbung dan terdapat ukiran yang indah di kepala pintu gerbang. Hanya rumah-rumah di kalangan orang berada atau istana-istana raja Melayu yang ada pintu gerbang. Pintu gerbang yang berukir indah melambangkan keagungan, kebesaran dan kesopanan, kerukunan, dankemuliaan. Kebanyakan rumah Melayu berusia tua dari kalangan orang berada dan raja-raja Melayu di Kelantan dan Kedah terhias indah dengan ukiran yang sering mengambil motif bunga tanjung, iaitu sebagai tanda selamat datang; dan kalau seseorang itu masuk tanpa melalui pintu gerbang, orang tersebut bermaksud jahat atau berniat tidak baik.
281
Pisang Sesikat
- Nil -
282
Pua Kumbu
- Nil -
283
Pucuk Rabung
Ukiran yang sering terdapat pada semua bentuk rumah Melayu tradisi di Malaysia dan juga di Nusantara, mengambil unsur rebung buluh. Ukiran ini juga disebut 'tumpal', yakni ukiran bentuk bersegi. Kaki dan bentuk segitiganya disusun berderet-deret dan kadangkala segitiga itu digabungkan dengan unsur-unsur bunga dan putik buah. Ukiran pucuk rebung sering dipasang pada papan cucuran atap dan muka tebar layar.
284
Pucuk Rebung
Ukiran yang sering terdapat pada semua bentuk rumah Melayu tradisi di Malaysia dan juga di Nusantara, mengambil unsur rebung buluh. Ukiran ini juga disebut 'tumpal', yakni ukiran bentuk bersegi. Kaki dan bentuk segitiganya disusun berderet-deret dan kadangkala segitiga itu digabungkan dengan unsur-unsur bunga dan putik buah. Ukiran pucuk rebung sering dipasang pada papan cucuran atap dan muka tebar layar.
285
Punden Berondak
Satu bentuk binaan yang diperbuat daripada tanah dan ketul-ketul batu. Bentuknya bertingkat menyerupai peterakna. Punden Berondak adalah satu peninggalan kebudayaan zaman megalitik.
286
Raja
Pemerintah.
287
Rakyat
- Nil -
288
Rakyat Biasa
- Nil -
289
Rantau Barat
- Nil -
290
Rasuk
- Nil -
291
Rasuk Panjang
Kayu panjang yang selari panjang dengan badan rumah menghubungi tiang ke tiang, terletak di bawah kayu gelegar. Jika rumah Melayu radisi bumbung panjang di Melaka dan Negeri Sembilan, rasuk panjang terletak di sebelah bawah rasuk pendenk, manakala rumah kutai Perak, rumah bumbung panjang Kedah, Perlis, letaknya rasuk panjang di sebelah atas rasuk pendek atau rasuk rot. Di Kelantan dan Terengganu, terdapat kayu pelancar di bahagian kaki cermin, jika rumah tersebut tidak memakai rasuk panjang.
292
Rasuk Pendek
Kayu panjang yang letaknya melintang pada rasuk panjang. Rasuk pendek menghubungkan tiang ke tiang.
293
Rembat
Rembat atau rembatan. Kayu palang dari tiang ke tiang yang terdapat pada setengah-setengah rumah tradisi di Kelantan dan Terengganu; biasanya berukir pada hujungnya.
294
Rezeki
- Nil -
295
Rmah Tiang Dua Belas
Satu bentuk rumah Melayu tradisi di Kelantan dan Terengganu, mengandungi dua belas tiang utama pada rumah ibu. Pada muka tebar layarnya terdapat kayu ukiran yang dipanggil pemeleh. Rumah tradisional ini sering dihias dengan ukiran-ukiran indah pada dinding luar dan dalam.
296
Roda Berpusing
- Nil -
297
Ruh
- Nil -
298
Rumah
- Nil -
299
Rumah bicara
Dewan orang ramai di mana perintah / arahan dibuat oleh Datu.
300
Rumah Bujang
Satu bentuk rumah bumbung panjang yang memakai enam tiang utama pada bangunan rumah ibu. Di Kelantan dan Terengganu dikenal sebagai rumah bujang selasar; terdapat juga bentuk rumah bujang di Kedah/Perlis dan Perak. Rumah kecil yang mempunyai sebuah ruang di rumah ibu yang disokong oleh tiang-tiang utama dan tidak mempunyai ruang serambi. Biasanya Rumah Bujang ada unit rumah dapur yang dipisahkan oleh ruang selasar atau selang. Terdapat berbagai-bagai bentuk Rumah Bujang seperti Rumah Bujang Selasar di Kelantan, dan Rumah Bujang Barat di Terengganu. Rumah Bujang bukan bermaksud didiami oleh orang bujang. Bujang yang dimaksudkan dalam konteks seni bina Melayu ini bermaksud rumah kecil yang hanya mempunyai satu ruang di sudut rumah ibu.
301
Rumah Bujang Barat
Satu bentuk rumah limas di Terengganu, berbumbung panjang lurus mendatar. Pada muka tebar layar dipasang atap senggora, juga mengandungi papan pemeleh dan kaki pemelehnya terletak sama paras pekakian atap.
302
Rumah Bujang Berserambi
- Nil -
303
Rumah Bumbung Panjang
Rumah Melayu tradisi yang menggunakan sebuah perabung lurus mendatar, pada sudut tepinya dipasang dinding tegak, dipanggil tebar layar atau tubing layar. Rumah bentuk ini terdapat di seluruh Semenanjung dan dikenal dengan berbagai-bagai nama, seperti rumah kutai perak, rumah panjang Kedah/Perlis, rumah serambi Melaka dan lain-lain lagi.
304
Rumah Ibu
- Nil -
305
Rumah kutai
Rumah tradisi di kawasan Perak tengah, berbumbung panjang yang selalunya diperbuat daripada buluh termasuk lantai dan dindingnya.
306
Rumah lepau
Rumah tradisional di Kedah atau Perlis yang disambung dengan lepau di bahagian hadapan.
307
Rumah Limas
Rumah Melayu tradisi yang menggunakan lima buah perabung, terdiri daripada sebuah perabung lurus mendatar dan bersambung dengan empat buah perabung yang menurun ke cucuran atap. Perkataan limas berasal daripada perkataan lima dan emas, emas adalah logam yang mulia. Lima emas memberi maksud; emas pertama adalah keagungan dan kebesaran; emas kedua bermaksud kedamaian; emas ketiga bermaksud adab sopan santun; emas keempat bermaksud ketenteraman dan aman damai; emas kelima bermakna berada dalam kemakmuran dan sejahtera. Rumah limas dikenal dengan beberapa nama; di Terengganu ada rumah limas yang dipanggil limas bungkus, limas potong Perak, dan limas fesyen Belanda. Di lain-lain negeri di Semenanjung juga ada rumah limas dengan mempunyai nama-nama yang tertentu.
308
Rumah penghulu
Rumah ketua masyarakat di dalam organisasi kampung.
309
Rumah Pisang Sesikat
Pundung atau dangau yang hanya memakai sebelah tutup bumbung, iaitu bumbungnya tidak dilipat kajang, dan tidak memakai tulang bumbung. Dangau semacam ini pada suatu ketika dulu digunakan oleh orang asli sebagai rumah tempat berlindung.
310
Rumah Potong Perak
Satu bentuk rumah limas yang mengandungi lima tulang perabung, sama juga seperti rumah perabung lima atau rumah limas bungkus, namun pada pertemuan dua tutup bumbungnya terdapat sedikit bukaan atap, berfungsi sebagai pengedaran udara. Biasanya pada bukaan atap berbentuk segitiga itu diselit dengan ukiran-ukiran. Di Terengganu dan Kelantan rumah potong Perak terkenal kerana ada kayu buton pada puncak bumbungnya.
311
Rumah Potongan Belanda
- Nil -
312
Rumah rakit
Rumah yang dibina di atas rakit dan terapung di atas air.
313
Rumah selang
Rumah perantara yang menyambungkan dua rumah berbumbung panjang.
314
Rumah Tangga
Ruang yang terletak di sebelah hadapan anjung, berfungsi sebagai tempat meletak kasut atau tempat berbual bagi anak-anak muda, atau ruang berehat sebelum naik ke rumah.
315
Rumah Tengah
Rumah Melayu tradisi bentuk bumbung panjang yang mengandungi tiga bahagian: rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur. Bahagian rumah tengah terletak di sebelah tengah. Di negeri Terengganu terdapat pula satu bentuk rumah limas yang dipanggil rumah tengah.
316
Rumah Tiang Enam
- Nil -
317
Rumah tiang seribu
Rumah bertiang yang dibina atas air.
318
Rumbia
- Nil -
319
Rurnah dangau
Satu unit rumah di dalam rumah tradisi.
320
Salat
- Nil -
321
Salihin
- Nil -
322
Sarong
- Nil -
323
Sawah
Tapak menanam padi.
324
Sayid
- Nil -
325
Selang
Ruang yang terletak antara dua komponan bangunan rumah, sama ada antara rumah ibu dengan rumah dapur, atau rumah ibu dengan rumah tengah.
326
Selasar
Ruang selang yang beratap dan berdinding. Selasar berasal dari perkataan selang satu.
327
Semangat
- Nil -
328
Semangat Rumah
- Nil -
329
Semangat rumah
Roh atau kuasa ghaib yang mesti dipelihara untuk memastikan keamanan rumah.
330
Serambi
- Nil -
331
Serambi Gantung
- Nil -
332
Serambi Hujung
Ruang serambi yang terletak di sisi kanan dari pintu hadapan rumah bumbung panjang Negeri Sembilan.
333
Serambi Pangkal
Ruang serambi yang terletak di sisi kiri pintu hadapan rumah bumbung panjang di Negeri Sembilan.
334
Serambi Semanaik
- Nil -
335
Serampang
Sejenis tombak digunakan untuk menangkap ikan.
336
Shahid
- Nil -
337
Sharif
- Nil -
338
Sigai
Pelantar yang dibina di sekeliling pokok besar untuk memudahkan kerja menebang. Pondok kecil dibina di atas pokok.
339
Silang gantung
Unjuran kasau yang bersilang dan menghala ke atas di bahagian tebar layar.
340
Singhorra tile
Kepingan genting nipis daripada tanah liat yang dihasilkan di Singhorra (Songkhla), selatan Thai.
341
Sirih
- Nil -
342
Sobek
Ukiran kayu yang halus seni buatannya.
343
Songket
- Nil -
344
Sulur Bayung
Nama sejenis ukiran yang terdapat pada hujung perabung (hujung alang panjang). Biasanya istana-istana raja Melayu di zaman tradisi masjid-masjid tradisi di Melaka juga memakai ukiran sulur bayung di hujung tulang perabung. Sulur bayung masjid tradisi di Melaka memakai bahan simen atau bahan logam. Sulur bayung terdapat pada bangunan Istana Sultan Mansur Syah Melaka (1456-1477), dan Istana Sultan Iskandar Zulkarnain di Pulau Indera Sakti, Perak (1756-1770). Sulur bayung ialah ukiran yang membelit, mengulai, melinkar-lingkar seperti sulur pucuk batang muda sejenis tumbuhan yang bernama lembayung. Sulur bayung terdapat pada puncak tebar layar bangunan Muzium Negara.
345
Surah
- Nil -
346
Surau
- Nil -
347
Syahbandar
Ketua pelabuhan.
348
Syirik
- Nil -
349
Tahalil
- Nil -
350
Takdir
- Nil -
351
Talang
Saluran air di antara dua bumbung.
352
Tali sipat
Sejenis alat pertukangan untuk mengukur dan menanda. Mempunyai tali dan bekas pengulung.
353
Talkin
- Nil -
354
Tampan
- Nil -
355
Tanah Perkuburan
- Nil -
356
Tanju
Anjung / pelantar terbuka di rumah panjang.
357
Tapak Alang
Kayu yang terletak di atas alang. Di atas kayu ini terletaknya tunjuk langit. Tapak alang hanya terdapat pada rumah tiang dua belas dan rumah bujang di Kelantan dan Terengganu.
358
Tapis
- Nil -
359
Tariqat
- Nil -
360
Tarsilak
Susur galur keturunan.
361
Tebar Layar (Tupang Layar)
Dinding tegak di bahagian sisi rumah, berbentuk segitiga, hanya pada rumah Bentuk Bumbung Payang, biasanya dinding Tebar Labar dibuat daripada pelupuh atau kelarai atau daripada daun rumbia atau daun nipah.
362
Tebuk separuh
Bentuk teknik ukiran yang separuh tebuk.
363
Tebuk terus / tembus
Bentuk teknik ukiran yang ditebuk terus.
364
Tebuk timbul
Bentuk teknik ukiran yang timbul.
365
Tenggala
Bajak tradisi yang ditarik oleh kerbau.
366
Tepung Tawar
- Nil -
367
Tiang
- Nil -
368
Tiang Gantung
Tiang pendek menyangga tutup bumbung pada rumah Melayu yang mempunyai ruang lantai peran. Dikenali juga sebagai tiang gantung.
369
Tiang Serambi
Tiang ini lebih pendek dari tiang panjang yang terletak di baris tepi sebelah hadapan dan belakang rumah. Disebut juga tiang serambi sama bina.
370
Tiang Seri
- Nil -
371
Tiang Tongkat
Tiang had aras lantai. Tiang ini dikenali juga sebagai tiang gantung, tiang tambah ataupun tiang menyokong.
372
Tiang Utama
Tiang-tiang hingga ke alang, terdiri dari tiang panjang dan tiang serambi sama naik.
373
Tolong-menolong
- Nil -
374
Tombak
Sejenis senjata yang panjang dan tajam dihujungnya. Lembing.
375
Tongkang
Kapal layar orang-orang Cina.
376
Tongkat
Penyokong di antara tiang yang menyokong rasuk atau gelegar.
377
Tripang
Sejenis hidupan laut.
378
Tulang Bumbung
Kayu panjang lurus mendatar yang terletak antara dua puncak tutup bumbung. Terdapat dua tulang bumbung pada sesetengah rumah Melayu bumbung panjang, iaitu tulang bumbung jantan dan tulang bumbung betina.
379
Tumbuk padi
Alat untuk menumbuk padi.
380
Tumpal
Ukiran yang sering terdapat pada semua bentuk rumah Melayu tradisi di Malaysia dan juga di Nusantara, mengambil unsur rebung buluh. Ukiran ini juga disebut 'tumpal', yakni ukiran bentuk bersegi. Kaki dan bentuk segitiganya disusun berderet-deret dan kadangkala segitiga itu digabungkan dengan unsur-unsur bunga dan putik buah. Ukiran pucuk rebung sering dipasang pada papan cucuran atap dan muka tebar layar.
381
Tumpu Kasau
Kayu panjang penutup kaki jantan.
382
Tunjuk Langgit
Kayu turus yang digunakan untuk menongkat atau menyokong bumbung pada rumah bumbung panjang, terletak atas alang lintang dan kayu naga. Ada juga tunjuk langit yang berukir, terutama rumah tradisional yang berusia tua.
383
Tupai
- Nil -
384
Tupai Tatagun
Tatagun berasal dari perkataan atas dahan. Tupai tatagun bermakna tupai atas dahan, satu bentuk ukiran dari Minangkabau, terdapat juga di Negeri Sembila. Motif berjudul tupai tidak lagi kelihatan; yang terjelma ialah dahan (gagang) dan daun yang terjuntai, seolah-olah seperti tupai di atas dahan. Menghilangkan motif makhluk bernyawa ini barangkali berlaku selepas kedatangan pengaruh Islam ke Minangkabau, dan ukiran ini terus berkembang ke Negeri Sembilan.
385
Tupai-tupai
Penahan sesuatu objek bahan binaan seperti bendul, rasuk dan alang. Disebut juga tetupai. Kayu berfungsi sebagai pelapik bendul, biasanya berukir. Tupai-tupai biasanya terletak pada tiang di paras lantai
386
Turus Dinding
Kayu yang dipasang menegak dari lantai ke alang. Pada kayu turus dinding dipasang kayu kambi. Kayu turus dinding adalah sebahagian kayu rangka dinding yang berfungsi menguatkan kontraksi dinding.
387
Tutup Rabun
Bahagian penutup perabun supaya air hujan tidak tiris. Biasanya diperbuat daripada zink, genting dan simen.
388
Tutup Tumpu Kasau
Kayu pengalas atap genting senggora yang dipasang atas kayu tumpu kasau. Hanya terdapat pada rumah yang menggunakan atap genting senggora sahaja.
389
Ulamak
- Nil -
390
Undan-undan
Para-para di bawah bahagian tebar layar.
391
Ustaz
- Nil -
392
Wakaf
- Nil -
393
Wali
- Nil -
394
Zakat
Bayaran seakan cukai di dalam masyarakat Islam.
395
Zikir
- Nil -
Bottom of Form

    


No comments:

Post a Comment