Pada 31 Mei 2013, sepasukan penyelidik daripada Pusat Penyelidikan Manuskrip Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakukan kajian penyelidikan dan penelitian di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Antara tujuan dilakukan penyelidikan ini adalah untuk
- Kajian penyelidikan dan penelitian muzium berkenaan
- ATMA bercadang untuk mmbina pangkalan data khusus dalam Portal malaycivilization.ukm.my mengenai muzium berkenaan untuk rujukan penyelidik dan masyarakat am.
- Lawatan penilaian dan pemerhatian terhadap bangunan muzium dan koleksi di dalamnya
- Memberi lebih banyak maklumat mengenai sejarah dan kebudayaan masa lalu yang dapat dilihat daripada segi seni binanya serta kedudukan bangunannya.
- Menyimpan rekod senibina Islam Minangkabau
Sejarah
dan Latar Belakang Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
Istana Seri Menanti di Kuala
Pilah, Negeri Sembilan ialah istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah
sebuah binaan atau bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu
yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar
tahun 1908 hingga 1931.
Pelan Istana setinggi empat tingkat
asalnya telah direka oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib.
Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sutan oleh Tuanku
Muhammad kerana khidmat beliau. Pelan istana ini telah diperincikan semula oleh
Ketua Pelukis Pelan, Mr. Woodford dari Jabatan Kerja Raya, Seremban dan telah
diluluskan pada bulan November 1902 oleh Jurutera Negeri dan Residen British.
Istana ini mempunyai 99 batang tiang
termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keunikan istana ini
ialah tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada
kayu yang dipanggil pasak.
Atas kesedaran Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya
diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai
1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja adalah di
bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan. Muzium ini mempamerkan koleksi-koleksi
keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana
bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium
akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.
Kajian Penyelidikan dan Penelitian Di Muzium Diraja Istana
Lama Seri Menanti
- Kajian dilakukan dengan lawatan setiap ruang galeri yang tersedia di dalam bangunan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
- Telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).
- Ruang pameran yang terdapat dalam muzium ini ialah:
Ruangan ini merupakan tempat takhta kerajaan. Di ruangan
ini terdapat dua batang seludang dari Minangkabau yang dipegang oleh pengawal.
Ianya juga terdapat 7 mata tangga. Di mata pertama dari atas adalah tempat
duduk bagi Dato' Seri Amar Diraja, dihadapannya pula tempat duduk Dato' Raja
DiWangsa. Anak tangga yang kedua pula adalah tempat Dato' Dagang dan
dihadapannya Dato' Akhir. Di mata ketiga hingga keenam adalah tempat duduk
Pegawai Penghulu Luak.
Balai
Raja Muda
Di bahagian ini tempat Raja Muda dan isteri
duduk melihat ayahanda dan bonda menjalankan upacara. Mereka diapit oleh dua
orang pengawal. Ia juga dihadiri oleh kerabat diraja dan juga para undangan. Di
bahagian dinding terdapat gambar-gambar berkaitan.
Bilik
Beradu
Bilik ini adalah bilik beradu Tuanku bersama Tuanku Ampuan.
Dibilik ini terdapat sebuah katil, almari pakaian, almari perhiasan (solek)
juga terdapat sebuah meja kecil dan dua buah kerusi. Kesemua pakaian dan
perhiasan diri disimpan di dalam bilik ini. Dibahagian dinding terdapat
gambar-gambar berkaitan.
Ruang
Santapan
Terdapat 1 unit meja yang mempunyai 20 unit kerusi. Di kiri
dan kanan ruangan ini terdapat 2 buah almari yang menyimpan beberapa buku
rujukan untuk para tetamu. Ruangan ini merupakan tempat para tetamu berbincang
juga tempat mereka bersantapan. Di bahagian belakang ruangan ini terdapat
jalan untuk pergi ke belakang dapur. Di sebelah kanan terdapat rak setinggi 3
tingkat. Di bahagian atas rak yang bertutup tempat untuk meletak gulai atau
segala jenis lauk pauk. Ruangan ini juga mempunyai hiasan dinding seperti
gambar-gambar dan sebagainya.
Muzium ini
penah dilakukan konservasi secara besar-besaran pada tahun 1997 dan kayu
asalnya telah ditukar kepada kayu belian dan kayu penak (yang digunakan untuk
membuat 4 tiang seri).
Lawatan ke Teratak Za’ba
Za'ba atau Zainal Abidin
bin Ahmad bin Ibrahim bin Hj Ahmad bin Hj Amil telah dilahirkan pada 16
September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan. Di
atas ketokohannya dalam bidang bahasa dan pendidikan, kerajaan telah membina
teratak khas di depan tapak asal bagi Pendeta Za’ba di Batu Kikir, Jempol,
Negeri Sembilan. Teratak Za'ba telah
berjaya disiapkan dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB
Dato' Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato' Hj. Abdul Samad pada 5 Februari
2001. Pusat ini telah memberi
pelbagai informasi kepada pasukan penyelidik dan dapat mengenali kehidupan
pendeta Za’ba dan melihat beberapa karya yang ditulis oleh beliau. Bahan utama bangunan ini diperbuat daripada Kayu Cengkal
(penak) dan reka bentuknya masih bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan.
Antara ciri-ciri pertukangan Melayu di bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir
Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan
tanggam dan pasak.
Pameran yang terdapat di Teratak Za'ba ialah:
Bibliografi
Pameran yang terdapat di Teratak Za'ba ialah:
Bibliografi
Ruangan ini
diceritakan mengenaai perjalanan hidup Za'ba dengan lebih terperinci mengikut
susunan tahun iaitu dari beliau baru dilahirkan, memasuki alam persekolahan,
pekerjaan hinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Peribadi
Ruang ini
memaparkan ruang peribadi dan minat Za'ba dalam bidang penulisan dan seni.
Beliau banyak menghasilkan buku-buku bacaan ketika bertugas sebagai penterjemah
di pejabat karang-mengarang MPSI, Tanjung Malim. Terdapat contoh mesin taip
yang melambangkan kehidupan Za’ba yang selalu menulis dan contoh peti nyanyi
yang menunjukkan Za'ba juga meminati seni.
Pakaian
Pakaian-pakaian
pada zaman Pendeta Za'ba dahulu turut dipamerkan. Dari segi berpakaian, Za'ba
merupakan seorang yang ringkas. Beliau lebih memandang kepada keselesaan,
tetapi bagi beliau berpakaian mempunyai dua aspek penting. Yang pertama ialah
pakaian di kepala dan kedua ialah pakaian di badan. Yang
dimaksudkan dengan pakaian di kepala ialah bagi seorang lelaki Melayu ia
haruslah memakai songkok apabila memakai baju Melayu, apabila ia hendak
sembahyang dan semasa makan. Bagi seorang wanita Islam pula, setiap helai
rambut hendaklah ditutup dengan tudung sesuai dengan tuntutan agama. Pakaian
pada badan pula ialah pakaian yang dianggap bersopan santun dan melambangkan
adat orang timur. Pakaian tersebut pada dasarnya hendaklah menutup aurat sesuai
dengan bentuk dan saiz badan. Nyata Za'ba
juga gemar mengenakan baju putih ala Inggeris terutamanya pakaian begini memang
menjadi pakaian rasmi. Ini menunjukkan bahawa pengaruh Inggeris merupakan satu
faktor utama dalam setiap aspek khasnya pakaian.
Sudut Umum
Ruangan ini
mempamerkan barangan antik dan dijadikan contoh barangan yang digunakan oleh
Pendeta Za'ba di mana barang-barang ini adalah barangan antik yang wujud
sezaman dengan Za'ba. Antaranya adalah jam dinding, jam tangan berkunci, mesin
taip, almari kayu, cermin mata dan tongkat. Semua barang-barang ini masih boleh
digunakan sehingga ke hari ini. Almari kayu
yang dipertontonkan adalah almari yang digunakan untuk menyimpan buku-buku oleh
Za'ba suatu ketika dahulu. Ruangan ini agak terhad namun rekabentuk dalamannya
cukup untuk menggambarkan suasana rumah Za'ba pada zaman dahulu.
Perpustakaan
a) Turut disediakan di ruangan ini adalah
bahan-bahan multimedia seperti risalah dan cakera padat mengenai kehidupan,
aktiviti penulisan Za'ba dan juga buku-buku mengenai Za'ba.
b) Di sudut ini pengunjung boleh menggunakan
kiosk untuk melihat maklumat-maklumat mengenai Za'ba dan melalui VCD yang
dihasilkan.
c)
Terdapat buku-buku ditulis oleh beliau dan
mengenainya dipamerkan.
d)
Antara buku-buku yang boleh diperolehi adalah
Gema Serunai Hati 6 dan Pengkisahan Sejarah Za'ba.
e)
Manakala VCD yang dihasilkan adalah Permata
Di Bumi Perpatih dan Bahasa dan Sastera.
Gambar-gambar semasa lawatan
MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI
PANDANGAN HADAPAN
LANSKAP HADAPAN ISTANA
GAMBAR LUKISAN TAPAK TANAH
GAMBAR LUKISAN ISTANA DI ATAS TANAH
RUANG SERAMBI TENGAH ISTANA
BALAI RAJA MUDA
RUANG SANTAPAN
MOTIF UKIRAN SEKITAR ISTANA
MOTIF UKIRAN SEKITAR ISTANA
PENYELIDIK MEMERHATIKAN TEKS PAMERAN
DATO ZAWIYAH BABA SEDANG BERTANYA KEPADA PUAN ROSRITA MOHAMAD NORDIN
TERATAK ZA'BA
PANDANGAN HADAPAN TERATAK ZA'BA
SONGKOK DIPEROLEHI KETIKA MENDAPAT ANUGERAH DAN GELARAN PENDETA
ok...bagus kerana membuat yang membuat secara idealistik,tetapi ruang santapan hendaklah dibuat ruang yang besar....
ReplyDeleteboleh saya tahu saiz keluasan kawasan istana lama seri menanti?
ReplyDeletesokong di atas
ReplyDeleteBoleh saye tahu mengapa Istana Lama Seri Menanti dibina ye
ReplyDelete