Monday 20 May 2013

LAPORAN KERJA LAPANGAN DI MUZIUM RUMAH KELAHIRAN BUYA HAMKA, MANINJAU,
PADANG, SUMATERA BARAT, INDONESIA
12-18 NOVEMBER 2012

1.0  Pengenalan
Pada 12 November 2012 sepasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Manuskrip Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah bertolak ke Muzium Rumah Kelahiran Buya HAMKA di Maninjau, Padang, Sumatera Barat, Indonesia selama tujuh (7) hari iaitu sehingga 18 November 2012. Kami bertolak pada jam 7.50 pagi menaiki kapalterbang Air Asia dan tiba di lapangan terbang Minangkabau pada jam 9.30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh Pak Eno selaku pemandu pelancong dan Pak Muslim selaku pemandu van sepanjang kami disana. Pasukan penyelidik adalah terdiri daripada lima (5) orang iaitu :
                          i.            Dato’ Zawiyah Baba – Ketua Kumpulan/Felo Penyelidik Utama ATMA
                        ii.            Dr. Nazri Muslim – Felo Penyelidik Bersekutu ATMA
                      iii.            Encik Ahmad Bazri Mokhtar- Pegawai Penyelidik Sosial
                      iv.            Cik Zuraidah Hassan – Pembantu Penyelidik Projek
                        v.            Cik Daeng Haliza Daeng Jamal – Pembantu Penyelidik Projek

2.0  Tujuan
      i.    Lawatan ke Muzium Rumah Kelahiran Buya HAMKA dilakukan adalah bertujuan untuk mendokumentasikan dan mendigitalkan koleksi buku, surat-surat dan lain-lain dokumen berkaitan dengan HAMKA.
           ii.       ATMA bercadang membina pangkalan data khusus mengenai koleksi HAMKA sebagai tokoh pemikiran Melayu Islam dalam bentuk digital yang paling lengkap untuk rujukan penyelidik dan masyarakat am.
                iii.            Permulaan ATMA telah memilih tokoh buya HAMKA, seorang penulis, pemikir dan ahli falsafah Melayu Islam yang paling prolifik menghasilkan penulisan dan pemikirannya termasuk karya-karya agung melalui penerbitan novel, puisi, buku-buku agama, falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik.
                iv.            Selain itu, lawatan ini juga adalah bertujuan untuk melawat Stesen Penyelidikan Buya HAMKA – UKM di Kompleks Pondok Pesantren Prof. Dr. Hamka.

3.0   Muzium Hamka
Muzium Rumah Kelahiran Buya HAMKA (HAMKA adalah singkatan bagi Haji Abdul Malik Karim Amrullah) merupakan Muzium Rumah Kelahirannya. HAMKA merupakan tokoh pemikir Alam Melayu yang dilahirkan di Kampung Molek, Maninjau pada 17 Februari 1908 dan meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981. Beliau menerima jolokan Buya atau Ayah, iaitu panggilan terhormat bagi masyarakat Minangkabau yang berasal daripada bahasa Arab. Penubuhan muzium HAMKA juga asalnya dicadangkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di tapak rumah asal keluarga ibu Hamka yang musnah pada zaman pendudukan Jepun. Terdapat pelbagai gambar, barang peninggalan, buku kepunyaan beliau di muzium ini.

4.0     Kerja-kerja pendokumentasian dan pendigitilan di Muzium Buya Hamka
a)      Manuskrip yang ditemui

 a)      Sebuah manuskrip yang mempunyai lebih kurang 700 halaman tulisan tangan dalam bahasa yang boleh difahami namun tulisan seperti Jawi/Arab telah ditemui dan berjaya didigitalkan. 
b)      Walau bagaimanapun pakar manuskrip dari pusat penyelidikan manuskrip, ATMA, UKM iaitu Encik Ahmad Bazri Mokhtar dan Dr. Nazri Muslim tidak berjaya memahami kandungan manuskrip tersebut. Namun setelah diteliti, berkemungkinan manuskrip tersebut bercampur dengan bahasa atau dialek tempatan. Ustaz Nasrul iaitu tenaga pengajar dari Pondok Pesantren Prof. Dr. Buya HAMKA telah dirujuk dan beliau juga tidak dapat memahami kandungan manuskrip tersebut.
c)   Manuskrip tersebut dalam keadaan boleh dibaca walaupun 20-30 halaman terawal telah terpisah. Dipercayai manuskrip tersebut terpisah atau mengalami kerosakan akibat kesan lembapan.
d)    Beberapa helai manuskrip tersebut telah dibuat salinan photocopy untuk membuat kepastian kandungan manuskrip tersebut.
e)      Manuskrip tersebut adalah sumbangan orang awam kepada muzium yang diperoleh di Bali, Indonesia. 

Jadual 1: Senarai buku di Muzium Hamka yang berjaya didigitalkan
Bil.
Tajuk
Tahun
Penerbit
1.       
Akhlaqul Karimah
1992
Pustaka Panjimas
2.       
Antara Fakta & Khayal, Tuanku Rao
1974
Bulan Bintang
3.       
Berkisah Tentang Nabi dan Rasul,
1994
Pustaka Panjimas,
4.       
Dari Lembah Cita-Cita
1982
 Bulan Bintang
5.       
Dari Perbendaharaan Lama
1994
Pustaka Panjimas
6.       
Doa-Doa Rasulullah,,
1982
Pustaka Panjimas
7.       
Falsafah Hidup
1994
Pustaka Panjimas,
8.       
Hamka Berkisah Nabi dan Rasul Jilid 1,
1994
Pustaka Panjimas,
9.       
Hamka-Ghirah


10.   
Hamka-Perkembangan Kebatinan di Indonesia


11.   
Islam dan Adat Minangkabau,
1984
Pustaka Panjimas,
12.   
Kedudukan Perempuan Dalam Islam,,
1996
Pustaka Panjimas
13.   
Lembaga Budi


14.   
Lembaga Hidup,
2001
Pustaka Panjimas
15.   
Lembaga Hikmat,

Bulan Bintang 
16.   
Pandangan Hidup Muslim
1987
,Bulan Bintang
17.   
Pelajaran Agama Islam
1956
Bulan Bintang
18.   
Pemikiran Hamka


19.   
Perjalanan Terakhir Buya Hamka
 1982
Panji Masyarakat 
20.   
Prinsip Dan Kebijaksanaan Da'wah Islam


21.   
Puasa Tarawih & Idulfitri


22.   
Renungan Tasauf
1995
Pustaka Panjimas
23.   
Said Jamaluddin Al-Afghani
1981
Bulan Bintang
24.   
Sejarah Umat Islam

Pustaka Nasional 
25.   
Tasauf Moderen_Edisi Jawi-_Hamka,

Pulau Pinang
26.   
Tasauf Modern


27.   
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.,
1987
Bulan Bintang



Jadual 2: Senarai buku yang tidak didigitalkan
Bil.
Tajuk
1.       
Terusir
2.       
Khutbah pilihan Buya Hamka (Jum’at, Idul Fitri & Idul Adha)
3.       
Tasauf dan pemurniaannya
4.       
Pribadi
5.       
Studi Islam
6.       
Iman dan amal shaleh

.
5.0        Lawatan lain

        i.                Pusat Dokumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang
a                   a)             Lawatan dilakukan pada hari pertama iaitu pada 12 November 2012.
b)             Pusat ini telah memberi pelbagai informasi kepada pasukan penyelidik dan dapat mengenali adat Minangkabau melalui bahan pameran yang disediakan dan taklimat yang diberi oleh pegawai mereka.
c)    Dalam masyarakat Minangkabau terdapat dua jenis adat iaitu adat Pepatih dan adat Temenggung.
d)         Dalam adat Pepatih wanita diberi tanggungjawab untuk mewaris dan memelihara harta pusaka.
e)    Pertemuan dengan wakil kepala Dinas pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang turut dilakukan bertujuan untuk mendigitalkan buku-buku mengenai adat Minangkabau.

      ii.            Stesyen Pengajian Buya HAMKA-Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM)
a)      Lawatan ke Stesyen Pengajian Buya HAMKA-UKM telah dilakukan pada hari kedua pada 13 November, jam 2.30 petang.
b)      Stesyen ini merupakan hasil kerjasama dua-hala dengan Pesantren Prof. Dr. Hamka di Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia.
c)      Tujuan pembinaan adalah bagi menghargai sumbangan beliau sebagai tokoh Melayu Islam.
d)     Bangunan stesyen telah siap dibina dengan sempurna dan mempunyai 2 bilik tidur dan ruang penyelidikan.
e)      Ruang penyelidikan adalah lebih kecil berbanding bilik tidur. Dicadangkan salah satu bilik tidur dijadikan ruang untuk melakukan penyelidikan.
f)       Walau pun fasa pembinaan sudah siap namun belum ada sebarang pengisian dalam bilik tersebut.
g)      Berdekatan dengan stesyen penyelidikan ini terdapat:
          ·         Sebuah masjid yang hampir siap dan dijangka boleh memuatkan 800 jemaah dalam satu masa.
          ·         Sebuah bilik guru namun masih lagi dalam pembinaan
          ·         Asrama pelajar lelaki (sudah siap dibina) dan perempuan (masih dalam pembinaan).
        ·         Sebuah banglo yang masih dalam  fasa pembinaan sumbangan dari pihak British untuk dijadikan perpustakaan. 


    iii.            Pusara Kutubkhanah  Syeikh Amrullah
Lawatan ke pusara ini telah dilakukan pada 13 November 2012
a)      Pusara ini merupakan pusara ayah kepada HAMKA iaitu Dr. H. Abdul Karim Amrullah.
b)      Lawatan ini adalah tidak dijangkakan kerana cadangan dari Bapak Zainul Ariffin selepas melawat pesantren kelolaan beliau.
c)      Kutubghanah ini dijaga oleh Puan Salmah Abdullah.
d)     Kutubghanah ini mengandungi bahan tulisan Karim Amrullah dan terdapat beberapa buah manuskrip yang ditulis tangan dan bercetak.
e)      Bahan-bahan disimpan di dalam almari. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kerosakan pada bahan-bahan tersebut yang berkemungkinan kesan dari lembapan kerana terletak berhampitan tasik dan bercuaca lembap.
f)       Puan Salmah memaklumkan terdapat pihak penyelidik dari Korea pernah membuat pendigitalan buku-buku tersebut.
g)      Puan Salmah telah memberi hadiah saguhati sebuah kitab karya pendek Syeikh Abd Karim Amrullah Amrullah yang bertajuk al-Misbah
h)      Antara Manuskrip yang terdapat di sini ialah:
Ø  Al Quran Al Karim Merupakan Tulisan Tangan- 2jilid
Ø  Ilmu Al Fikah
Ø  Tafsir Alquran
Ø  Hasyiah Al-Sharqowi (Juzu’ Ke 2)
Ø  Ilmu Usul Fikh
Ø  Al Fikh Li Syeikh Amrullah

    iv.                             Pondok Pesantren Prof. Dr. Hamka

a)      Lawatan ke pondok  Pesantren Prof. Dr. Hamka telah dilakukan pada hari kedua iaitu pada 13 November 2012.
a)      Kedatangan kami disambut oleh pengetua pondok Pesantren iaitu Pak Zainul Ariffin dan dijamu dengan makanan yang sangat enak.
b)       Beliau membawa melawat keliling surau, bilik darjah, rumah guru, kolam ikan yang diusahakan mereka dan kedai koperasi yang disediakan untuk keperluan pelajar-pelajar .


6.0  Orang-orang yang ditemui
Sepanjang di Bukit Tinggi, Indonesia terdapat beberapa individu yang berpengaruh yang sempat ditemui oleh pasukan penyelidik. Terdapat ramai kenalan dan saudara mara HAMKA yang berada disekitar tanah kelahiran HAMKA. Antara individu ini ialah:
                    i.            Bapak Zainul Ariffin
Beliau merupakan Pengetua Pesantren Prof. Dr. Hamka
                  ii.            Ibu Ida
Isteri kepada Bapak Zainul Ariffin yang bertindak selaku guru di Pesantren Prof. Dr. Hamka
                iii.            Bapak Hanif Rasyid
Beliau merupakan anak saudara dan pengelola muzium rumah kelahiran Buya HAMKA.
                iv.            Ibu Salmah Abdullah
Beliau merupakan penjaga kepada Khutubghanah Amrullah iaitu Syeikh Prof.Dr. Kh. Abdul Karim Amrullah di Sungai Batang Maninjau.

7.0  Isu
Sepanjang lima (5) hari di muzium HAMKA, terdapat beberapa isu yang boleh dinyatakan. Antaranya ialah:
                    i.            Terdapat masalah bekalan elektrik terputus pada hari terakhir di muzium tersebut. Walau bagaimanapun masalah ini diatasi dengan membawa pulang buku tersebut ke hotel untuk tujuan pengimbasan.
                  ii.            Kualiti buku di muzium terbabit kurang memuaskan kerana terdapat beberapa buah buku yang berada dalam bentuk salinan (photocopy) sahaja.
                iii.            Waktu operasi muzium adalah singkat iaitu pada jam 8 pagi hingga 3 petang
                iv.            Perubahan jadual iaitu pada hari pertama berlaku kerana perjalanan dari lapangan terbang ke Bukittinggi memakan masa yang lama iaitu 2 jam 30 minit. Oleh itu, kami lewat tiba di resort dan muzium telah tutup. Walau bagaimanapun masa tersebut telah digantikan dengan kerja lebih masa pada waktu petang dan malam.

8.0  Sumbangan Buku ATMA Dan Kewangan
                    i.            ATMA turut memberi sumbangan dalam bentuk buku dan wang tunai:
a)      Sebanyak RM1000.00 disumbangkan kepada pondok pesantren melalui bapak Zainul untuk kebajikan pelajar-pelajarnya. Surat akuan penerimaan adalah sebagaimana di lampirkan. Selain itu, sumbangan buku turut diberikan. Buku tersebut adalah:
Ø  Libraries and the malay world.
Ø  Pengajian Di Alam Melayu Dari Tradisi Manuskrip Ke Maklumat Digital
Ø  Gagasan persuratan baru
Ø  Lembah Bujang: Dari Perspektif Arkeologi Dan Pelancongan
Ø  Warisan Seni Ukir Melayu
Ø  Sains Dan Teknologi Alam Melayu

b)      Sebanyak RM1000.00 diberikan kepada Pak Hanif  Rasyid selaku pengelola Muzium Rumah Kelahiran Buya HAMKA bagi keperluan dan penambahbaikan muzium. Surat akuan adalah sebagaimana di lampiran. Selain itu sumbangan buku turut diberikan. Buku tersebut adalah:
Ø  Alam Melayu-Suatu Pengenalan
Ø  Kedudukan Ilmu Dalam Kesusasteraan: Teori Dan Praktis
Ø  Kreativiti Minda Melayu Jawa 2
Ø  Pengajian Di Alam Melayu Dari Tradisi Manuskrip Ke Maklumat Digital
Ø  Bahasa Di Selat Makassar Dan Samudera Dan Samudera Pasifik
Ø  Bahasa Austranesia di Pulau Taiwan

9.0  Gambar-gambar yang diambil

Gambar-gambar adalah di lampiran. Lampiran tersebut adalah:
Lampiran A          - Muzium Hamka
                    i.            Lampiran B          - Pusat Dokumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau  
                                Padang Panjang
                  ii.            Lampiran C          - Stesyen Pengajian Buya HAMKA-Universitas Kebangsaan
                                Malaysia (UKM)
                iii.            Lampiran D          - Pusara Khutubghanah  Syeikh Amrullah
                iv.            Lampiran E          - Pondok Pesantren Prof. Dr. Hamka
                  v.            Lampiran F           - Penyerahan sumbangan buku ATMA dan wang saguhati
                vi.            Lampiran G          - Persekitaran sekeliling kawasan Bukit Tinggi (Lokasi kajian)

10.0          Kesan lawatan
Terdapat beberapa kesan daripada lawatan penyelidikan ke muzium. Kesan tersebut adalah:
                    i.            Menambah ilmu pengetahuan tentang Buya HAMKA dari segi penerbitan-penerbitannya dan kisah hidup beliau.
                  ii.            Berjaya mendokumentasi dan mendigitalkan koleksi penerbitan buku HAMKA yang terdapat di muzium.
                iii.            Mengenali dengan lebih dekat waris HAMKA yang masih ada di Sungai Batang, Maninjau. Selain itu, dimaklumkan bahawa anak-anak buya HAMKA masih ada dan menetap di Jakarta.
                iv.            Memahami dan menghayati persekitaran tempat kelahiran Buya HAMKA yang begitu dekat dengan tasik Maninjau yang begitu mengasyikkan dan sangat luas. Hal ini merupakan antara faktor yang menyebabkan HAMKA memperoleh inspirasi yang begitu tinggi dalam berkarya.
                  v.            Mengetahui bahawa Buya HAMKA mempunyai daya ingatan yang sangat kuat.
                vi.            Mengetahui lebih mendalam mengenai karekteristik orang Minangkabau.

11.0        Penghargaan
Sebagai kesimpulan, kumpulan penyelidik Pusat Penyelidikan Manuskrip ATMA mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam persiapan ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Antara yang terlibat adalah:
                    i.            Prof. Dr. Abdul Latif Samian- Pengarah ATMA yang telah meluluskan kertas kerja.
                  ii.            En.Nayan  Mat– Pemilik mesin pengimbas yang telah meminjamkan 2 buah mesin pengimbas untuk kegunaan sepanjang kerja lapangan.
                iii.            En. Muhammad Hazriq Ghazali- Pegawai Bahagian Sistem Dan Teknologi Maklumat, PTSL,UKM sebagai penasihat dan pembimbing dalam proses pengimbasan.
                iv.            Cik Suhaini Mat Noor – Pegawai Penyelidik Sosial ATMA
                  v.            Staf pentadbiran ATMA






Muzium Kelahiran Buya Hamka


Gambar 1: Muzium rumah kelahiran Buya HAMKA

Gambar 2: Pasukan penyelidik bergambar dihadapan rumah kelahiran Buya HAMKA.
(Dari kiri Cik Daeng Haliza daeng jamal, Cik Zuraidah Hassan, Dato’ Zawiyah Baba, Dr. Nazri Muslim dan Ustaz Nasrul)

Gambar 3: Pasukan penyelidik bergambar bersama Pengelola Muzium Rumah Kelahiran Buya HAMKA-Pak Hanif Rasyid

 
Gambar 4: Pak Hanif Rasyid sewaktu memberi kuliah kepada ahli pasukan penyelidik

Gambar 6: Perbincangan antara Dato’ Zawiyah dan Pak Hanif Rasyid

Gambar 7: Pak Hanif merupakan seorang yang ceria dan menyambut lawatan pasukan penyelidik dengan gembira

Gambar 8: Pasukan penyelidik sedang tekun mendengar siri kuliah dari Pak Hanif Rasyid

Gambar 9: Bergambar kenangan di dalam Muzium Kelahiran Buya HAMKA bersama Pak Hanif Rasyid

Gambar 10: Koleksi buku HAMKA yang disusun di dalam rak berkaca dan berkunci

Gambar 11: Sebuah manuskrip yang dijumpai


Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang



Gambar 1: Papantanda Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau.


Gambar 2: Bangunan pentadbiran Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau   


Gambar 3: Pemandangan dari luar Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau 


Gambar 4: Pegawai Penerangan dari Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau   sedang memberi taklimat berkaitan adat Minangkabau dan rumah gadang


Gambar 5: Pasukan penyelidik sedang mendengar taklimat yang diberikan oleh Pegawai Penerangan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau


Gambar 6: : Pasukan penyelidik sedang tekun membaca dan meneliti buku-buku Hamka yang terdapat di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau


Gambar 7:Sedikit penerangan diberikan oleh Dr. Nazri Muslim berkaitan buku-buku Hamka


Gambar 8: Dato’ Zawiyah sedang mengambil bahan dan maklumat dari Pegawai Penerangan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau   


 Gambar 10: Perbincangan Dato’ Zawiyah bersama wakil Dinas Pusat Dokumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau   

Gambar 11: Wakil Dinas Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau sedang memberikan penerangan




Stesen Pengajian Buya HAMKA-Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM)


Gambar 1: Bergambar di hadapan pintu masuk Stesyen Pengajian Buya HAMKA-Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM)


Gambar 2: Stesyen Pengajian Buya HAMKA-Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM)


Gambar 3: Lawatan ke dalam bangunan Stesyen Pengajian Buya HAMKA-Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM)


Gambar 4: Sebahagian ruang dalam bangunan Stesyen Pengajian Buya HAMKA-Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM)


Gambar 5: Papantanda Masjid Raya Buya Hamka Stesyen Pengajian Buya HAMKA-Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM)


Gambar 6: Masjid Raya Buya HAMKA dari pandangan belakang 


Gambar 7: Bangunan dalam fasa pembinaan


Gambar 8: Salah satu bangunan yang sudah hampir siap


Gambar 9: Bahan pembinaan

Gambar 10: Salah satu bangunan dalam fasa pembinaan


Pusara Kutubghanah  Syeikh Amrullah



Gambar 1: Papantanda

Gambar 2: Pusara Prof. Dr. Karim Amrullah


Gambar 3: Kutubghanah


Gambar 4: Dato’ Zawiyah sedang meneliti salah satu manuskrip yang ada 


Gambar 5: Ustaz Nasrul membantu proses memahami salah satu manuskrip


Gambar 6: Bergambar kenangan bersama Ibu Salmah Abdullah penjaga Kutubghanah

Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA



Gambar 1: Pandangan dari luar Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA


Gambar 2: Pandangan luar bangunan pejabat  Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA
Prof. Dr. HAMKA


 Gambar 3: Pejabat pengurusan Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA

 Gambar 4: Pelajar sedang mengulangkaji pelajaran dalam masjid Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA


Gambar 5: Ustazah sedang mengajar di dalam kelas Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA


Gambar 6: Pelajar-pelajar di dalam kelas Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA


Gambar 6: Sebahagian pelajar lelaki di dalam kelas di Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA


Gambar 7: Keadaan di dalam kelas sewaktu proses pembelajaran di Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA




Sumbangan Buku ATMA dan Wang Tunai


Gambar 1: Sumbangan buku-buku ATMA kepada Pak Zainul Ariffin, Pengetua Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA


Gambar 2: Sumbangan wang tunai  kepada Pak Zainul Ariffin, Pengetua Pondok Pesantren Prof. Dr. HAMKA


Gambar 3: Sumbangan buku kepada Pak Zainul Ariffin, Pengelola Muzium Kelahiran Buya Hamka 


 Gambar 4: Sumbangan wang tunai kepada kepada Pak Zainul Ariffin, Pengelola Muzium Kelahiran Buya Hamka


Persekitaran sekeliling kawasan kampung  Batang Maninjau (Lokasi Penyelidikan) 


Gambar 1: Perusahaan ikan air tawar oleh penduduk kampong di pinggiran tasik

Gambar 2: Permandangan gunung-ganang berdekatan dengan tasik


Gambar 3: Permandangan tasik Sungai Batang Maninjau


Gambar 4: Perusahaan ikan di pinggiran tasik


Gambar 6: Permandangan tasik yang jelas kelihatan airnya bewarna kebiru-biruan.


Gambar 7: Perusahaan kolam oleh penduduk kampung


Gambar 8: Pintu masuk Objek wisata Ambun Tunai 


Gambar 9: Perusahaan padi penduduk kampung di pinggiran gunung-ganang


Gambar 10: Keadaan jalanraya di sekitar kampung Sungai batang Maninjau


Gambar 11: Pintu gerbang Lembah Anai Air Mancur


Gambar 12: Perusahaan padi 


Gambar 13:  Kepelbagaian hidangan Nasi Padang di rumah makan 


Gambar 14: Kelihatan rumah yang dihiasi dengan atap Minangkabau


Gambar 15: Sumatera Thawalib Parabek










1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete