LAPORAN KERJA LAPANGAN DI MUZIUM RUMAH KELAHIRAN BUYA HAMKA, MANINJAU,
PADANG,
SUMATERA BARAT, INDONESIA
12-18
NOVEMBER 2012
1.0
Pengenalan
Pada 12 November 2012 sepasukan penyelidik dari Pusat
Penyelidikan Manuskrip Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) telah bertolak ke Muzium Rumah Kelahiran Buya HAMKA
di Maninjau, Padang, Sumatera Barat, Indonesia selama tujuh (7) hari iaitu
sehingga 18 November 2012. Kami bertolak pada jam 7.50 pagi menaiki kapalterbang
Air Asia dan tiba di lapangan terbang
Minangkabau pada jam 9.30 pagi. Ketibaan kami disambut oleh Pak Eno selaku
pemandu pelancong dan Pak Muslim selaku pemandu van sepanjang kami disana. Pasukan
penyelidik adalah terdiri daripada lima (5) orang iaitu :
i.
Dato’ Zawiyah Baba – Ketua Kumpulan/Felo Penyelidik Utama
ATMA
ii.
Dr. Nazri Muslim – Felo Penyelidik Bersekutu ATMA
iii.
Encik Ahmad Bazri Mokhtar- Pegawai Penyelidik Sosial
iv.
Cik Zuraidah Hassan – Pembantu Penyelidik Projek
v.
Cik Daeng Haliza Daeng Jamal – Pembantu Penyelidik Projek