Wednesday 27 March 2013

MISI & VISI ATMA


MISI
 ATMA bertekad untuk menjadi sebuah institusi terulung yang menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan tentang Alam dan Tamadun Melayu bagi mencapai aspirasi membentuk sebuah masyarakat bertamadun yang dinamik, berakhlak, berilmu, berkepimpinan dan berminda global.


VISI
 Menjadi institut terpilih yang memartabatkan bahasa dan  tamadun Melayu serta mensejagatkan ilmu ketamadunan yang beracuan budaya kebangsaan berteraskan budaya Melayu.
ATMA, UKM  sedang membina portal www.malaycivilization.ukm.my dengan menggunakan geran penyelidikan sebanyak RM504,760.00 daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah skim Demonstrator Application Grant Scheme (DAGS), ), melalui MIMOS, NITC. Projek ini, serta pangkalan data lain – termasuk:

(a) Artikel Individu tentang Pengajian Persuratan Melayu,
(b) Perumpamaan Melayu,
(c) Pantun dan Syair oleh keturunan Baba dan Nyonya Malaysia.

Kesemua pengkalan data ini  sudah boleh dilayari di http://www.atma.ukm.my, dan pangkalan data lain yang masih dalam pembinaan.  Projek portal ini  akan membawa ATMA selangkah untuk ke hadapan dalam usaha melebarkan dan mendalami lagi penyelidikan dalam pengajian dunia Melayu yang merupakan bidang penyelidikan utama institut ini. Usaha hemat ATMA ke arah memperkasakan penyelidikan dalam pengajian dunia Melayu adalah setaraf dengan penyelidikan yang dijalankan oleh institut penyelidikan sepenuhnya seperti KITLV (Leiden), School of Oriental and African Studies (London), ISEAS (Singapura) dan CSEAS (Kyoto). Portal ini  juga akan  menolong ATMA menjadi hab bagi sumber peradaban tamadun Melayu bertaraf dunia dengan menyediakan laluan mudah dan pantas bagi bahan yang diperlukan dalam bentuk digital kepada pengguna global. Pembaca di serata dunia boleh mencari, melayari, dan memuat turun. Setelah mendapat kebenaran, pembaca boleh  mencetak bahan individu atau koleksi yang dipilih melalui Internet, teknologi canggih yang digunakan oleh penyelidik dan sarjana bagi mendapatkan dan bertukar maklumat.

  
Dalam projek ini ATMA akan mendigitalkan 17,261 slaid, gambar foto, pelan, lukisan dan lakaran tentang rumah, istana dan bangunan Melayu lain dari awal tahun 1950-an hingga lewat 1990-an. Pemerihalan fizikal dan isi kandungan serta pautan setiap item akan disediakan oleh ATMA sementara pendigitalan yang menepati piawaian Z39.50 akan dilaksanakan oleh Paragon Automation, rakan teknologi ATMA. Usaha ATMA merangkumi keunikan setiap gambar foto, slaid, lukisan, dan menambah lebih maklumat bagi menjadikannya lebih informatif dan bernilai, walaupun setiap slaid atau lukisan, pelan sememangnya jelas tersendiri. Dengan itu, setiap item akan menjadi bahan yang berasingan, mempunyai pemerihalan yang mencukupi bagi membentuk identitinya, dan tidak dikelirukan dengan item lain. Langkah ini perlu kerana sesuatu binaan mungkin menjadi contoh bagi reka bentuk seorang arkitek atau contoh bagi jenis pembinaan yang boleh dikenal pasti melalui masa dan tempat. Bagi memastikan kebolehcapaian bagi setiap item, sama ada secara individu atau dalam kumpulan, elemen yang boleh gelintar akan disediakan, termasuk nombor tambah terima, tajuk, tarikh pembentukan (jika ada), pemerihalan fizikal dan subjek, nota tambahan serta pautan (jika boleh).
Koleksi yang kebanyakannya terdiri daripada bahan bukan cetak yang telah disumbangkan oleh Allahyarham N. A. Halim kepada PATMA pada 11 Februari 1992, sebagai sebahagian daripadabsumbangannya terhadap mengekalkan warisan Melayu di samping menggalakkan para sarjana untuk menjalankan penyelidikan dalam berbagai-bagai aspek serta jenis seni bina Melayu. Menerusi projek ini juga kami memberikan penghormatan kepada Allahyarham N. A. Halim, yang telah menghabiskan sebahagian besar daripada hidupnya mendokumentasikan rumah, masjid, kubu, parit, istana dan lain-lain jenis bangunan di seluruh Nusantara melalui gambar foto dan slaid. Beliau sungguh seronok melakukannya dan juga berhasrat untuk mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terhadap warisan seni bina Melayu yang kaya dan warna-warni, yang menjadi satu lagi intrinsik budaya Melayu. Tanpa usaha beliau yang gigih, kesabaran yang unflagging dan masa yang dihabiskannya bagi merekodkan dan mendokumentasikan warisan budaya Melayu, kita mungkin tidak akan mempunyai gambar foto, slaid, pelan dan lukisan itu. Koleksi ini mungkin telah memberikan beliau banyak kepuasan dari segi intelek dan emosi ketika berada di rumah. Beliau sangat menghargai semua gambar foto dan slaid yang disusun, setiap satu dilabel dan dilekap dengan cermat dan teliti supaya mudah dirujuk dan dikekalkan. Sebelum pemergiannya pada 25 Oktober 1999, beliau telah menggunakan maklumat daripada beberapa gambar foto dan slaid yang hebat ini dan menggunakannya sebagai ilustrasi dan contoh dalam banyak buku dan artikel beliau. Gambar yang dikumpulnya  menampakkan kebolehan beliau mencipta dan mencipta semula cerita dalam gaya kontemporari. Dengan berkata demikian kami bermaksud bahawa nilai sebenar gambar foto dan slaid itu masih belum dipergunakan sepenuhnya. Walaupun beliau cuma seorang jurufoto amatur, fotografi beliau bertaraf profesional. Oleh itu, seronok sekali rasanya dapat menyaksikan koleksi yang boleh dianggap sebagai koleksi gambar foto dan slaid tentang seni bina Melayu yang terbaik ini.
Malahan beliau pernah memberitahu kami bahawa beliau telah menolak banyak tawaran daripada National Geographic (Washington D. C.) untuk membeli koleksi itu. Hal ini kerana beliau  inginkan koleksi itu tidak terjejas dan sentiasa berada hampir dengan beliau supaya dapat digunakan dari semasa ke semasa. Ini mungkin menjelaskan sebabnya foto dan slaid beliau tentang orang, masyarakat dan seni bina Melayu sangat popular, memandangkan beliau sememangnya seorang aktivis budaya tempatan yang terkemuka.
Kekuatan terbesar koleksi ini terletak pada kepelbagaian subjeknya: rumah, istana, makam, perahu, kubu parit, peralatan rumah dan banyak lagi. Saiz, watak dan takat koleksi itu bukan setakat menggambarkan keghairahan N. A. Halim terhadap sejarah dan budaya tempatan, tetapi juga menjadikan koleksi ini berharga dan unik. Seseorang akan menjumpai sesuatu tentang apa saja, terutamanya seni bina Melayu dan secara amnya institusi, sejarah, budaya serta masyarakat Melayu, daripada koleksi yang besar dan kaya ini. Daripada sudut pendapat arkitek, jurutera, kontraktor bangunan, pereka hias dalaman dan ahli sejarah tempatan, gambar foto dan slaid tentang seni bina Melayu tersebut semuanya sangat berharga bagi pemeliharaan sejarah dan membentuk semula bangunan. Gambar foto dan slaid itu boleh mengesahkan atau menyangkal sumber bertulis atau lisan, kerana ia menjelaskan banyak perkara dan menceritakan berbagai-bagai kisah. Inilah sebabnya maka gambar foto atau slaid bernilai berpuluh ribu perkataan. Satu lagi sebab ialah tidak lain daripada kenangan jelas yang menjelma apabila disebut saja tentangnya.
N. A. Halim percaya bahawa koleksi bahan tempatan akan memperkukuhkan pengajian Melayu. Oleh itu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, beliau telah mendermakan satu-satunya koleksi peribadi beliau yang kebanyakannya terdiri daripada bahan bukan cetak dan beberapa bahan tercetak kepada PATMA pada 11 Februari, 1992. Dengan sumbangan ini, dengan tiba-tiba saja PATMA telah mempunyai koleksi bahan mentah paling penting tentang warisan seni bina Melayu yang berwarna-warni itu. Sejak itu, koleksi ini telah mendapat tempat yang baru, dan kini, kami di ATMA sedang menyusun dan mengatur semula koleksi ini dengan rancaknya melalui pendigitan, satu lagi teknologi canggih yang bukan saja memastikan sebuah koleksi yang dihargai akan diwariskan dalam bentuk digital sebelum ia reput, tetapi juga bagi memastikan koleksi ini menjadi lebih bernilai apabila ia boleh dicapai sepenuhnya di Internet. Melalui pendigitan juga kami tidak perlu risau tentang kerapuhan bahan, haus dan lusuhnya, dan juga masalah lain yang lebih menjengkelkan seperti kakitangan, ruang dan peralatan. Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, melalui pendigitan imej daripada foto, slaid, lukisan dan pelan boleh disepadukan dengan bahan daripada media cetak bagi membolehkan membeli-belah dan capaian serenti maklumat serta bahan dalam portal www.malaycivilization.com kami. Langkah ini akan memastikan bahawa di ATMA, kecekapan tertinggi sepadan dengan perkhidmatan paling berkesan yang disediakan bagi penyelidik dan sarjana. Pendigitan koleksi ini merupakan satu lagi usaha penting dan bersungguh-sungguh ATMA bagi menjadikan pencarian maklumat dan bahan tentang pengajian Dunia Melayu lebih mudah, terutamanya di ATMA.
ATMA sangat terhutang budi pada keluarga Allahyarham N. A. Halim yang membenarkan koleksi ini didigitkan dan boleh dicapai secara elektronik. Dengan kebolehdapatan melalui Internet, sejarawan, penyelidik, pelajar, arkitek, media dan penerbit di serata dunia akan dapat mencapai satu lagi koleksi unik tentang warisan budaya Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah melalui laman ATMA. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, pemerian mengagumkan tentang perkembangan seni bina Melayu dari segi sejarah dan geografik bukanlah satu-satunya nilai yang diperoleh daripada mengkaji koleksi ini kerana ia juga menjelaskan aspek lain sejarah, antropologi, sosiologi, budaya dan masyarakat Melayu. Allahyarham N. A. Halim sangat yakin bahawa koleksi ini akan merangsang dan mempertingkatkan penyelidikan Dunia Melayu, dengan harapan lebih banyak tesis pascaijazah tentang seni bina Melayu dan bidang lain yang berkaitan akan dilakukan di universiti tempatan dan seberang laut. Kami juga berharap lebih banyak buku dan artikel jurnal tentang sini bina Melayu dan bidang yang berkaitan akan diterbitkan. Kami sangat berharap koleksi bukan cetak ini akan digunakan sepenuhnya selapas disusun semula secara digital dan menjadikannya boleh dicapai melaui Internet bagi memenuhi matlamat kumulatif projek www.malaycilization.com iaitu:
1. Memberikan kuasa bagi penyelidikan tentang warisan budaya Melayu,
2. Mempertingkatkan isi kandungan intelek dari Malaysia di lebuh raya maklumat,
3. Merangsang kecintaan terhadap warisan budaya tempatan di kalangan rakyat Malaysia,
4. Menggalakkan ATMA sebagai institut penyelidikan sepenuhnya bagi pengajian Dunia Melayu.
 
Akhir kata, kami berterima kasih pada Dr. K. J. John, Sdr. Badrul hisham Jaafar, Sdr. Shukor Mahamad dari MIMOS kerana pertolongan mereka. Kami juga mengharapkan hubungan kerja yang lebih akrab dengan mereka pada masa hadapan.




Boleh lawati:

No comments:

Post a Comment