Tuesday 23 July 2013

Resipi Badak Berendam


Resipi Badak Berendam
Bahan-bahan untuk Inti Kelapa :
  1. Sebiji kelapa parut (putih sahaja)
  2. 1 cawan gula merah
  3. 1 cawan air
  4. 3 sudu besar gula pasir (secukup manis)
  5. 2 helai daun pandan disimpul
  6. 1 sudu kecil garam
Cara-cara untuk buat Inti Kelapa :
  1. Gula merah daimasak bersama-sama dengan air. Bila mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Sediakan kuali, masukkan kelapa parut, gula, daun pandan, garam dan gula merah yang telah dimasak tadi. Gaul sebati semua bahan-bahan, masak sehingga kering dan berkilat.
  3. Sejukkan dan bulat-bulat inti kelapa dengan cara menggenggamnya dengan kuat dan padat 
Bahan-bahan Untuk Kuah :
  1. 2 1/2 cawan santan
  2. 2 sudu tepung beras
  3. 1/2 sudu kecil garam
  4. 2 helai daun pandan
Cara-cara untuk buat Kuah :
  1. Campurkan kesemua bahan, kacau atas api sehingga pekat, dalam 10 minit dan ketepikan.

Bahan-bahan (20-25 biji) :
  1. 2 cawan tepung pulut
  2. 1 1/2 cawan perahan air daun pandan (1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil perisa pandan)
  3. 1/2 sudu kecil garam
  4. 1 sudu kecil pewarna 
  5. 2 helai daun pandan
  6. Inti kelapa secukupnya
Cara-caranya :
  1. Campurkan garam pada air pandan. Kemudian gunakan campuran itu untuk menguli tepung pulut sehingga menjadi doh dan titikkan sedikit pewarna.
  2. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkannya. Letakkan inti di dalamnya, kelim rapat dan bentukkan kembali menjadi bulat. 
  3. Didihkan 1/2 periuk air bersama daun pandan. Selepas itu, masukkan semua bebola pulut tadi kedalamnya.
  4. Bila kesemua bebola pulut timbul, biarkan mendidih lebih kurang 3 hingga 4 minit, kemudian angkat dan toskan.
  5. Sedia dihidangkan bersama-sama kuah 



1 comment:

  1. oh. macam ni rupanya badak berendam. tak pernah tengok. serius. nampak sedap je. thanks kongsi ya admin


    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete